“Bila makcik-makcik nak sampai?” tanya mama.
“Ha?”
Teme bingkas bangun terduduk daripada berbaring di sofa bersebelahan dengan mamanya. Persoalan mamanya tadi membuatkannya sedikit keliru.
Mama bertanya lagi, “Semua dah siap-siap ke nak pegi kenduri?”
Teme terdiam. Berkerut dahinya.
Sekali lagi Teme terkeliru. Dia tidak ingat satu kenduri pun yang bakal berlaku pada hari itu. Matanya tidak berkelip memandang ke arah mama yang terbaring di katil hospital, masih lagi bertelekung selesai solat subuh bersama-sama tadi.
“Kenduri mana, mama?” tanya Teme. Mungkin mama tersalah cakap? Mungkin mama memaksudkan sesuatu yang lain?
Mama tidak menjawab persoalan itu, malah berkata, “Papa dan Tok Abah dah siap dah tu... Kang papa marah kalau Teme belum siap.”
“Tok Abah?” soal Teme dalam suara yang perlahan setelah mendengar nama atuknya itu.
Dia terkejut. Namun tidak terlalu ditunjukkan seperti tadi. Kata-kata mama kali ini meyakinkan Teme yang dia tidak tersalah dengar atau tersalah faham sejak tadi. Jelas, seperti ada yang tidak kena dengan mama.
Jika benarlah Tok Abah yang dimaksudkan oleh mama itu merupakan atuk Teme, orang itu telah meninggal dunia 17 tahun yang lalu.
Teme termenung. Ada yang tidak kena dengan mama.
...
Seperti yang mungkin sebahagian daripada kalian sudah tahu, mama saya telah mengalami sakit yang rumit sejak lebih 2 tahun yang lalu.
Sejak saya kongsikan tentang kesihatan mama saya kepada kalian akhir tahun sebelum ini, ramai yang bertanyakan perkembangan kesihatan mama. Baik hati kalian semua. Jadi, memandangkan ramai juga yang bertanya, dan saya sendiri yang membuka perkongsian tentang mama saya dahulu, maka tidak manis kalau saya tak cerita langsung akan perkembangannya.
Jadi, saya menulis kali ini untuk berkongsi sekali lagi. Ringkas sahaja.
Alhamdulillah, fizikal mama saya tidaklah lemah seperti dahulu. Mungkin hasil daripada doa orang yang baik-baik seperti kalian juga, banyak perubahan positif pada tubuh mama.
Tetapi, sakit yang dahulu itu telah mengakibatkan gangguan saraf pada minda mama saya. Banyak hal yang mama terlupa dan tertukar faktanya.
Alhamdulillah juga, mama saya masih ingat akan saya dan ahli keluarga yang lain. Walaupun banyak kali mama terlupa siapa yang masih hidup dan meningal dunia, lupa akan tempat, lupa akan banyak hal yang lain, syukur, mama masih ingat saya dan orang terdekat yang lain.
Bukan. Bukan alzhimer. Doktor kata bukan alzhimer. Maka, kami sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk memulihkan keadaan mama seperti sediakala.
Walaupun masih lemah luarannya, jika dibandingkan dengan keadaan fizikal mama sewaktu mula-mula sakit dulu, sekarang mama dah banyak bertambah baik. Jika dulu mama hilang 20kg dalam 2 bulan kerana sakit, alhamdulillah kini berat badan mama stabil dan tidak turun mendadak.
Tetapi Allah tundakan satu nikmat yang lain. Nikmat mengingat dan nikmat menggunakan fikiran dengan sepenuhnya.
Mungkin juga, mama lebih rehat sekarang kerana banyak perkara yang mama tidak lagi mampu untuk fikirkan. Mungkin, mama lebih tenang sekarang kerana tidak lagi ingat akan banyak masalah, terutamanya kerisauan terhadap orang-orang sekeliling. Mungkin mama lebih bahagia sekarang kerana Allah rezekikan mama untuk tidak lupa ibadah. Walaupun minda mama tidak sesihat dahulu, mama tetap bangun sepertiga malam.
Tetapi kami sedang melalui kehilangan yang besar.
Tidaklah wajar untuk mementingkan diri sendiri dalam keadaan yang menanggung kesakitan itu ialah mama sendiri. Namun, saya hanya ingin berkongsi dan meluah.
Dari sudut saya, mama bukan hanya seorang ibu. Tetapi rakan baik saya. Rakan berbincang saya dahulu. Banyak saya tanya pendapat mama setiap kali saya buntu dalam penulisan. Lebih-lebih lagi mama merupakan bekas guru Bahasa Melayu sekolah menengah. Ketika saya menemani mama terlantar berbulan-bulan di hospital dahulu pun, kami masih boleh rancak berbincang dan bertukar buah fikiran.
Mama menguruskan banyak hal sebagai ibu dalam keluarga. Pasangan yang terbaik untuk bapa saya dalam mengharmonikan keluarga. Saat kami anak-anak sudah bekerja dan mula ada kehidupan sendiri pun, mama sentiasa ada. Jika tidak kami, mama sendiri yang akan hari-hari menghubungi anak-anak yang jauh di perantauan.
Namun buat masa sekarang, kami hilang semua itu.
Dulu, saat mama sakit pun, saya boleh berbincang berkaitan penulisan dengan mama. Mama minat nak dengar dan tahu akan apa idea saya, apa yang saya kerjakan. Novel terakhir yang saya sempat berbincang dengan mama sebelum mama mengalami gangguan saraf ialah Bayang Sofea. Kenangan saya video call mama meluah akan kesukaran mencari masa untuk menulis dan sebagainya masih segar.
Sekarang, tidak lagi. Kini saya tidak lagi boleh berbincang dengan mama, bukan setakat yang berkaitan penulisan sahaja. Apatah lagi berkaitan architecture. Malah, buat masa sekarang, mama sudah lupa pun yang saya seorang penulis. Sedih. Lebih-lebih lagi mama banyak beri pendapat dalam kesemua penulisan saya selama ini.
Yang mama tahu, saya tidak menetap di rumah. Ada kalanya, mama juga menyangka yang kami anak-anak ini masih kecil dan ada tidur di bilik masing-masing.
Saya harap, mama bahagia dan tenang bersama memori-memori yang tersisa sekarang walaupun hal itu tidak dapat diceritakan kepada kami.
Kata doktor, mama masih boleh pulih. Kata doktor, ini bukan alzheimer. Kalian doakan ya?
____
Pengakuan ringkas: Buat pembaca Rahsia Danny yang seakan-akan familiar dengan scene di awal tadi. Ya, kalian tidak salah, memang ada scene yang mirip dalam buku tersebut antara Danny dan bapanya (pada muka surat 93). Saya mengaku, adegan tersebut diinspirasikan daripada moment sebenar saya dengan mama, selepas solat subuh, ketika menemani mama di hospital. Hanya wataknya sahaja yang saya tukar. Topik partial dimentia yang saya sentuh dalam buku tersebut pun, lahir kerana saya selalu berfikir tentang mama.
Saya tak post link penulisan ini di mana-mana. Jadi yang mana baca tu, maka tahulah. Saya saja nak update je. Tak manis untuk saya tak update langsung berkaitan hal ni kat kalian.
Okay, itu saja setakat ini. Doakan mama saya ya?
Oh ya. Saya pun kurang sihat sikit akhir-akhir ni. Doakan Allah permudahkan semuanya ya?
Jaga diri semua!
Assalamualaikum!
Assalamualaikum Teme Abdullah... Semoga mama Teme dan Teme dikurniakan kesembuhan diatas sakit yang menimpa. Semoga rasa sakit itu diangkat dan dikurniakan pahala buat kalian. Tidak lupa juga diberi kekuatan Teme sekeluarga atas ujian ini. Pasti ada hikmah yang Tuhan berikan. Selalu percaya akan takdir Tuhan, karna takdir Tuhan baik-baik saja. Semoga dipermudahkan urusan kalian...
ReplyDeleteAlhamdulillah.. terima kasih banyak2 teme sebab sudi update ttg mama.. 🥹 semoga Allah permudahkan semua urusan mama dan teme. Diberi kesembuhan buat mama teme. Teme jaga diri baik2 ya, cepat sembuh juga.
ReplyDeletesemoga mama teme cepat membaik, untung ibunya ada anak yang soleh. doakan saya dapat mrsm untuk tahun depan ya. byee
ReplyDeleteMay Allah ease your pain Teme. Moga Allah memberikan kesembuhan buat mama Teme dan Teme. Ayat ini mungkin cliche but Allah sentiasa ada, tak pernah sesaat pon lupakan kita. Keep fighting ✨
ReplyDeleteBtw, thanks Teme telah banyak pengajaran dan pedoman yang kami dapat melalui² penulisan Teme.
With things happening today, hari ni terasa nak visit sini.
ReplyDeleteJust to read latest article yang tak sempat habis baca sebelum ni.
Sementara dalam perjalanan nak ke hospital untuk melawat saudara.
Eh bila buka, perasan ada artikel yang macam tak pernah baca
atau nampak dikongsikan mana-mana.
Terasa hiba dan rindu bila baca.
Terima kasih, kerana kongsikan..
Semoga sembuh apa yang di dalam dada,
Dikurniakan syifa' buat semua..
Semoga Allah permudahkan,
Dibimbing sepanjang jalan..
Waalaikumussalam wbt.
You made me cry twice Teme
ReplyDelete😖😖😖😭😭😭😭
Teme jahat.
I cant stop crying man.
Baru je read dkt ig about your condition and now your mama. Tahu tak Teme, setiap kali saya baca penulisan Teme, setiap kali tu lah saya belajar satu benda yang pasti... 'Syukur'. Teme diuji sakit sampai tak boleh tidur while me diuji sakit yg saya tak jangka pun saya akan dpt sakit mcm tu but masih diberi kesempatan utk tidur and you know what Teme, lps baca condition kamu seteruk itu, saya rasa diri saya sangat teruk, sangat tak bersyukur.. And now pasal mama Teme, tolong jaga dia baik2, dan kalau tak pesan pun saya yakin Teme dah sehabis baik jaga mama Teme. And terima kasih update pasal mama Teme sbb saya nak tahu juga.... once Teme pernah cerita pasal mama Teme sakit.. saya jadi nak tahu condition sbb... mak saya pun diuji sakit yang sekejap dan Allah dah ambil dia semula hmmm... Semoga yang baik2 untuk Teme, mama Teme, keluarga dan orang yang Teme sayang.
Sekali lagi... kamu jahat ya Teme buat saya tak berhenti nangis......
Tujuan saya visit blog ni sebab nak baca post pasal Rahsia Danny.. tapi tiba2 ternampak posting pasal mama Teme. Kita yang membaca ni pon rasa sedih, rasa berat ujian yang Teme sekeluarga hadapi🥹 Semoga diberikan kekuatan buat kalian sekeluarga untuk harungi hari2 yang tak sama macam dulu. Semoga diberikan kesihatan buat Mama Teme and Teme. Chin up! Yall can can do this! Boleh2!! Tak tahu macam mana lagi nak boost kan semangat kalian. Jaga diri jugak Teme. Menulis bila dah ready okay. Rahsia Danny tu dah kira hadiah paling besar buat saya sebagai fans yang suka plottwist macam KTDD. Jadi, kami semua boleb tunggu. Yang penting, utamakan kesihatan dan kebahagiaan diri sendiri🌻
ReplyDeleteUntuk teme, saya harap teme kuat. Doa kami sentiasa bersama-sama dengan teme dan keluarga. Semoga penyakit mama teme dan teme diangkat dan diberi kesembuhan. Jika teme rasa tak okey, take your time untuk rest daripada dunia penulisan. Kami sebagai readers akan setia dekat sini sekiranya teme mahu kembali ke dalam dunia penulisan. Fokus kepada kesihatan teme dan keluarga dulu. Rest well. Don't be so hard on yourself. Tak perlu risau dengan expectation readers tentang buku teme atau t-planner. Kami akan terima dengan hati yang terbuka, always. You're a normal humanbeing too. It's okay to say that you're not okay. Kalau teme paksa diri untuk terlihat okay, kami readers ni yang risau. Doa kami sentiasa menjadi peneman. Okay? :) Take care.
ReplyDeleteAssalamualaikum Teme.
ReplyDeleteTujuan saya singgah blog nie sbb nak bukak balik posting pasai Rahsia Danny berkaitan isu Palestine tu. Tapi mata saya terpandang perkataan mama dalam tajuk yg paling atas. Mulanya, saya ingat salah baca. Bila teliti tajuk penuh, baru saya perasan ada update terbaru daripada Teme berkaitan mama. Persoalan yg kadang kala terlintas di fikiran tentang progress kesihatan mama Teme, tapi saya pilih untuk tidak bertanya kerana takut akan menambahkan kesedihan. Malah, situasi dalam Rahsia Danny tu pun mmg sangat meyakinkan saya itu situasi tentang mama Teme. Tersentuh hati waktu baca part tu. Bukan sebab saya menghayati jalan watak Danny. Tapi saya terbayangkan situasi mama Teme. Syukur, Allah gerakkan Teme untuk buat posting nie. Terjawab semuanya.
Teme. Tipulah kalau saya kata saya baca posting nie tanpa ada kesan rasa apa2. Bergenang juga sedikit air mata. Saya faham. Saya faham sangat, keadaan bila kita hilang tempat bercerita/berkongsi semua. Saya faham, kekosongan yg Teme rasa bila mama Teme jadi mcmtu. Datanglah berapa orang yg seakan sama pun, tetap takkan boleh ganti tulus keikhlasan seperti mereka. Orang yg paling arif tentang buruk baik, kurang lebih kita. Saya pasti, sifat redha dan tawakal mmg dah diterapkan dalam diri Teme sekeluarga.
Cuma fitrah kita sebagai manusia, bila diuji dengan kesihatan org yg kita sayang, akan buatkan kita sentiasa terfikir, sentiasa berada dalam kerisauan. Untungnya kita, berpeluang untuk ada rasa mcm tu. Untungnya kita, direzekikan dgn nikmat ibu bapa yang bersama2 membesarkan kita dgn sempurna. Alhamdulillah.
Tidaklah Allah menciptakan air mata itu untuk mengatakan kita manusia yang lemah. Sebaliknya, air mata itulah bukti kasih sayang Allah untuk kita lepaskan sedikit rasa gelora dalam jiwa. Air mata itulah bukti kita seorang yang kuat, seorang yang mengaku di hadapan Tuhan, kita akur dengan ujian yang diberi, walaupun prosesnya terasa sangat sukar untuk dilalui.
Dalam dunia nie, bermacam2 jenis ujian harus ditempuhi oleh setiap seorang daripada kita, sebagai bekalan pulang ke alam sana. Bukanlah maksud saya kita kena tolak rasa sedih tu sbb ujian orang lain lebih besaq. Bukan. Cuma untuk tenang dari sudut kehidupan, kita sama2 berjuang utk bagi yg terbaik kepada Allah. Dengan kesenangan, ada rahmatNya. Dengan kesusahan, ada kekuatanNya. Dengan kehilangan, ada belas ihsanNya. Dengan ujian, ada jalan menuju ganjaranNya. Dalam setiap situasi, Dia ada. Sentiasa ada.
Dan untuk benda yang di luar kawalan kita, serahkan sepenuhnya pada Allah. Ketetapan Allah penuh hikmah, walaupun perit, kita terima dengan rasa rendah diri, sebab antara semua makhluk, takkan boleh dibandingkan sayangnya setanding Allah. Takkan ada keburukan yg datang dari nilai sayang, melainkan kebaikan yg kita belum nampak.
Berbicara mungkin senang, sedangkan yg melaluinya Teme sekeluarga. Ditambah dgn ujian kesihatan Teme. Allah takkan uji melebihi kemampuan hambaNya. Teme masih ada doa seorang ibu. Doa yg tiada hijab. Raikan setiap emosi. Lepastu, kuatkan semangat kembali. Kuatkan diri. Moga2, Allah lorongkan jalan rawatan yg terbaik. Memberikan kesembuhan yg tiada sakit lagi selepasnya. Moga2, setiap apa yg ditakdirkan, hadir bersama ketenangan dariNya. Moga2 Allah memberkati setiap usaha.
InshaAllah, dalam setiap doa saya, akan ada bahagian utk Teme sekeluarga. Ambiklah masa utk pulih selama mana yg perlu, kami faham kalau ada penangguhan karya selepas nie. Utamakan apa yg penting. Jaga diri elok2, jangan tangguh2 lagi kalau sakit lepas nie.
Terima kasih sbb update pasai mama Teme. You are not alone, never alone. You are strong and so is your mama. Both of you will overcome this test peacefully, dengan izin Allah. Never lose hope.! Qadarullah 🤍
Teme tulis ni tepat birthday saya ke 20. 3/10. Tapi harini baru perasan 🙂 InsyaAllah kami doakan teme sekeluarga dari jauh ye 💕 moga terus diberi kekuatan ❤
ReplyDeleteSemoga Teme dan Mama diberikan kesembuhan💕.
ReplyDeletePenulisan Teme banyak buat kan saya mengimbau masa-masa lalu dan karya Teme banyak mengajar saya tentang kehidupan. Lebih2 lagi ayat "Kita semua pendosa, cuma pendosa dengan cara yang berbeza" dalam Rahsia Danny. Mungkin sentimental value dalam penulisan tu sampai bg saya.Thanks Teme
Papepon semoga semuanya baik2 saja buat keluarga Teme✨
Syafakillah buat mama Teme. Stay strong Teme & family. Saya dh melaluinya bersama keluarga bila emak saya pernah disahkan doktor 50/50 tahun 2016. Namun, perjalanan emak saya masih panjang lagi dlm dunia ini. Alhamdulillah..menjaga orangtua yg sedang sakit satu pengalaman yg pahit dan manis. Jangan berhenti berharap dan berdoa ye Teme..
ReplyDeleteAssalamualaikum Teme, sihat ke? Alhamdulillah, musim battle T Planner dah selesai dan Teme boleh berehat sepenuhnya. Tak sabar nak pegang T Planner dengan kombo book badge. Saya beli dua tau box set hehe. Semoga dengan T Planner tu, saya bersemangat nak mulakan tahun 2026. Terima kasih atas usaha keras despite your health condition. Untuk tear-off calendar, insyaAllah kami akan ingat untuk titipkan doa buat mama teme as days goes by. Di mana pun Teme berada, doa readers akan sentiasa bersama. Semoga Teme dan keluarga sihat-sihat saja. Syafakallah Teme. Jaga diri baik-baik ya? : )
ReplyDeleteSyafakillah mama teme
ReplyDeleteTerima kasih Teme, sudi berkongsi cerita dan khabar. Semoga Allah mengurniakan kesembuhan yang sempurna dan kekuatan yang berterusan buat Teme & mama Teme. Setiap bait cerita yang dikongsi seolah-olah mengingatkan bahawa saya tidak keseorangan dalam perjalanan penuh ujian ini. Moga kita semua terus diberi ketabahan dan dipermudahkan urusan :)
ReplyDeleteMoga diberi kesembuhan buat ibu dan kekuatan buat Teme sekeluarga ya. Jaga diri!
ReplyDeleteSemoga Allah sembuhkan mama teme, diberikan kesihatan dan dipermudahkan segala urusan🤲.. Jaga diri ya🌹
ReplyDeleteTeme, saya doakan Teme sekeluarga sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Untuk sesiapa pun yang membaca ini, semoga doa yang sama turut mengiringi kalian. Semoga mama Teme dan Teme sendiri diberikan kesembuhan seperti sedia kala. 🤍
ReplyDeleteSaya sedih bila baca ni. Saya dah baca lama tapi baru hari ni saya boleh komen sebab sebelum ni beberapa kali sign in tak lepas. By the way, thank you so much Teme for creating TPlanner 2026. I really use it properly — mostly to luahkan perasaan, to be honest.
Tahun 2026 ni agak mencabar untuk saya. I don’t really know how to explain it, tapi sebagai anak sulung perempuan, saya rasa sangat kecewa dengan diri sendiri. I feel like I can’t help my family anymore or make them happy the way I wish I could. Mereka tak pernah nampak saya menangis, but somehow… I’m fragile too.
Macam sekarang ni — bila family call dengan suara yang sebak, cerita tentang ujian yang mereka kena hadapi, it really breaks me. I feel so sad and so failed as an eldest daughter. It hurts to see them like this, and all I want is to help… but I can’t. Ujian datang serentak, terlalu banyak, and I’m not strong enough.
TPlanner jadi tempat yang “dengar” luahan saya. Tempat saya yapping tanpa henti (HAHAHA). Walaupun sedikit, it helps. At least I can let it out — walaupun hanya atas kertas. It’s really not easy to tell everything to people, but yeah… that’s how I survive.
By the way, Teme apa khabar? 🌷
Harap Teme baik baik sahaja...
Dapat makan Ice cream time time macam ni sedapp jugakk kan...
Ya Allah,
ReplyDeleteKurniakanlah kesembuhan yang sempurna kepada mereka yang sedang diuji dengan sakit.
Angkatlah kesakitan, tenangkan hati, kuatkan tubuh dan jiwa mereka.
Gantikan rasa lemah dengan kekuatan,
ganti kesedihan dengan harapan.
Sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh,
tiada kesembuhan melainkan dari-Mu.
Aamiin.🌷🌷🌷
🌷🌷🌷🌷
ReplyDelete🌷🌷🌷
ReplyDeleteGWS untuk Teme, mama Teme & semua yang baca ni. Semoga diberikan kesihatan yang baik 🤍
ReplyDeleteTeme, terima kasih hasilkan karya yang berkualiti. Saya ada semua buku Teme kecuali Tplanner je — selain Tplanner 2026 🩵 Tapi tak apa, teruskan hasil karya yang wow tau 🌷
Overall, saya paling suka siri Jalanan 😭 sangat menyentuh jiwa. Part Aiskrim tu buat saya reda sikit. Apa yang Teme cuba sampaikan, insyaAllah saya faham.
Siri Jalanan saya dah baca berulang kali still sooo good 🩵🩵🩵🩵
Assalammualaikum Teme dan Mama Teme. Saya harap kalian berdua dalam keadaan baik sekarang ni. Dua hari yang lepas, saya tiba-tiba terdetik nak tahu tentang keadaan si mama Teme. Apatah lagi selepas belajar salah satu topic tentang otak manusia sewaktu sem lepas. Neurolinguistics. Tak begitu ada kaitan tetapi cukup membuatkan saya memikirkan kalian berdua. Bagaimana keadaan Teme dan mama Teme ya sekarang?
ReplyDeleteSaya tunggu juga tentang update Teme tentang mama. Tiba-tiba hari ni terdetik untuk baca blog ni. Alhamdulillah, dapat juga tahu khabarnya walaupun dah beberapa bulan berlalu.
Saya harap di masa sekarang, mama dan Teme berada dalam keadaan yang lebih baik, lebih sihat, dan lebih bersemangat. Saya dan yang lain hanya mampu berdoa yang terbaik untuk kalian berdoa. Semoga cepat sembuh. Semoga keluarga Teme sentiasa dilindungi, dikasihi dan dirahmati oleh Allah swt🌹
Semoga mama teme diberikan kesihatan yang baik, dan dapat semula ingatannya. Teme pun jaga diri tau..? Semoga Allah merahmati keluarga teme. Malam ni malam nisfu syaaban, semoga segala amalan kita diterima Allah. Semoga doa doa kita dikabulkan Allah tepat pada waktunya, disaat kita dah bersedia. Yeay taksabar nak puasa! Marhaban tiba marhaban tiba marhaban tiba~ eh?!
ReplyDeletesemoga mama teme & teme diberikan kesihatan aammiiin! sedihnya saya baca 🥲🥲
ReplyDeletedulu abah saya pun pernah sakit macam lebih kurang apa yang teme ceritakan.. tapi taklah sampai masuk hospital. lebih kurang 4 tahun yang lalu. Tapi masa dia nak sakit tu dah nampak tanda-tanda nya, macam ada 1 petang tu abah & mak saya on the way amik kakak saya dari kerja, masa tunggu kakak saya tu tiba2 abah saya cakap “lama betul tunggu lawyer ni” disclaimer abah saya seorang yang tegas dan serious jadi untuk dengar dia borak macam tu agak pelik sikit.
fast foward, dia cirit birit and all. sampai lah dia macam nyanyuk? dia tak ingat anak dia ada berapa, bila tanya dia sebut nama kakak dan abang saya jee, abang saya lagi 1 dan saya dia tak ingat pun… ada video mak saya sempat record dulu, gaya dia lain sangat dari abah yang saya kenal.🥹
masatu saya dekat university jadi susah sikit nak balik, bila mak saya tunjuk video tu .. jujur saya sebak jugak tengok sebab yalah kita kenal mak ayah kita macam mana.. tipu lah tak sedih menangis tengok kondisi mak ayah kita macam tu.. tapi masatu mak saya tak bagi saya balik, dia cakap fokus je belajar. sebab dia dengan kakak saya boleh jagakan..
masatu, saya rasa dunia saya gelap. setiap kali solat saya menangis, saya baca yassin saya menangis, saya jauhkan diri dari kawan kawan saya sebab taknak emosi saya terganggu🥹🥹.
tak lama lepastu, mak saya cakap abah saya kena jangkitan kuman dari saluran darah tu antara sebab dia cirit birit.. tapi untuk bahagian yang dia nyanyuk tu taktahu sebab apa, dah cuba ikhtiar juga rawatan islamik dan moden.
tapi alhamdulillah, tak lama lepastu abah saya sembuh macam biasa🥹. dulu ada masa dia sakit tu , dia bangun 2-3 pagi keluar dari rumah sebab dengar ada orang datang. bila dia duduk dekat ruang tamu, dekat atas tembok tu dia nampak tulisan tulisan arab. tapi walaupun dia dalam keadaan macamtu pun dia solat jugaa alhamdulillah 🥹🥹.
jadinya saya doakkan moga mama teme diberikan kesembuhan! yang memberi dan menyembuhkan datang dari-Nya, moga2 yang terbaik untuk mama teme! InsyaAllah 🤲🏻🤲🏻 Allah sentiasa mendengar doa hamba-hamba nya walaupun kita tak bercakap dan menyatakannya🤍
semoga mama teme, teme dan family teme sentiasa diberikan kesihatan dan dalam keadaan baik-baik ! aaammiiinnn🤲🏻.
ReplyDeletemasa awal-awak saya baca berkenaan penyakit mama teme dan termasuk yang latest ni, buatkan teringat tentang penyakit yang abah saya pernah lalui 4 tahun yang lalu.. doktor cakap abah saya kena jangkitan kuman yang masuk ke darah. sebab dia ada cirit birit, tak lalu makan, dan juga kondisi fikiran dia macam nyanyuk. bila rujuk rawatan dari segi islamik, katanya ada benda dari belah atuk sedara saya kacau. tapi taktahu la betul atau tidak, wallahualam.
tapi benda ni bermula selepas je abah saya balik dari kenduri kahwin belah family dia, masatu abah dan mak saya pergi ambil kakak saya balik kerja. masa tengah tunggu tu abah saya tiba-tiba cakap “lambat betul lawyer ni” dengan nada yang bukan dia lah, abah saya ni seorang yang tegas dan garang even kalau dia bergurau pun intonasi dia still sama je.
then sejak haritu, sikap abah saya berbeza. sangat berbeza. saya rasa macam tengok orang lain, mak saya ada pernah bagi video behavior dia masa dia sakit dulu. jujur saya cakap, anak mana yang tak sedih tengok parents dia sakit kan?🥹 tipula kalau saya tak menangis tengok video tu. saya nak balik tapi mak saya tak bagi saya balik, mak saya suruh fokus belajar. mak saya cakap kakak saya dan mak saya boleh jaga. sepanjang minggu tu saya solat saya menangis, saya baca yassin saya menangis, semua benda saya buat serba tak kena.
mak saya cerita lagi, waktu abah saya sakit tu. mak saya ada tanya ada berapa orang anak, ingat lagi tak nama anak. abah saya cuma cakap ada 2 je, sebut pun nama kakak dan abang saya🥹. abang saya lagi satu dengan saya dia tak ingat pun. selain tu, dia kadang2 terjaga pukul 2-3 pagi then keluar ke corridor rumah. dia cakap ada orang datang nak masuk. selain tu, bila abah saya duduk dekat ruang tamu rumah, dia akan nampak tulisan2 arab lama dekat bahagian atas ruang tamu rumah tu.. macam dekat masjid ada tulis surah surah alquran dekat sepanjang penjuru masjid, macam tulah yang abah saya nampak.
ada masa nampak abah saya macam okay, ada masa tak.. ada kawan dia datang lawat dia, siap tanya dia nak pergi hospital tak, kawan dia boleh bawakkan dia. even ada anak saudara dia datang pandang pelik abah saya, sebab betul2 macam orang nyanyuk.. tapii walaupun keadaan dia macamtu dia solat juga alhamdulillah 🥹.
tak lama lepas tu, alhamdulillah abah saya sihat macam biasa, tapi dia tak ingat pun apa jadi dekat dia sepanjang dia sakit tu. atau mungkin dia ingat sikit2, tapi keseluruhannya tak ingat sangat.
jadi saya doakkan moga mama teme juga diberikan kesembuhan dari-Nya, moga yang terbaik untuk mama teme dan teme sekeluarga🤲🏻. moga mama teme sihat seperti sediakala, walaupun banyak terlupa tetapi jika hanya dapat menyembuhkan mama teme dapat memberikan kegembiraan sekeluarga, maka semoga mama teme diberikan kesembuhan dari-Nya!🤲🏻 semoga dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki mama teme dan teme sekeluarga aammmiiinn!🤲🏻
Wallahi, baru semalam fikiran saya tiba-tiba terlintas akan mama Teme. Idk why, maybe from the guilt of leaving a comment waiting for Empayar 5 even before Empayar 4 is even released 🤣🥲 that comment was left as a joke… cuma saya takut Teme terbaca sebagai suatu bentuk ‘demand’ atau ‘pressure’ dari pembaca. Maafkan saya 🥹 saya tidak berniat begitu. Saya faham dan ingat Teme pernah bagitahu ada sebab kenapa Teme release dulu buku Bayang Sofea dan Rahsia Danny daripada buku-buku yang lain.
ReplyDeleteFinding this article, gave a mixed feelings. Macamana saya boleh terdetik nak buka blog ni, panjang ceritanya. Aturan Allah. Cuma saya terfikir, apa lah lagi ujian yg Teme hadapi dan sembunyikan dalam mujahadah sebuah dakwah. Anda serious hebat, Allahumma barik. Anda je yang tak sedar. Hanya satu je permintaan saya, tolong kekalkan bernafas 😭😭😭 janganlah give up dengan diri sendiri sampai baca doa macam haritu 😢😢😢 sesungguhnya manusia yg tidak kuat seperti saya always look up to you setiap kali saya down. Dan saya percaya ramai manusia lain juga selalu teringat dan mendoakan Teme, mama Teme dan keluarga Teme, inshaAllah amin. Kuat, ya?
I know this is kinda late, but i kinda have a feeling lepas release T Planner haritu, mungkin Teme sedikit down lepas baca some negative feedbacks from the reviews. Well tbh, not from me and your long followers yg memang follow dan tahu serba sedikit di sebalik setiap kekhilafan itu. Kita semua manusia yg lemah. Di sebalik kelemahan itu pun, you still fight to give your best even atas katil hospital dengan tangan berselirat wayar ditemani tuala hospital sebagai backdrop shooting. You are the definition of a superhuman, Allahumma barik. You did your best, and that’s enough. Yang faham, akan faham. For me, it’s perfect as how it is. And you’re right, i’m glad and grateful that i managed to grab one.
.
.
.
Jabir narrated that the Prophet Muhammad (SAW) said: “On the Day of Judgment, when the people were tried (in this world) are given their rewards, the people who were pardoned (in life) will wish that their skins had been cut off with scissors while they were in the world.” (At-Tirmidhi)
Salam 8 Syawal! 💫