Bermula pada satu hari. Aku nak beli planner utk diri sendiri. Yang cantik dan nampak exclusive. Dipendekkan cerita, bila aku tengok pada harga planner-planner eksklusif tersebut, aku terlintas dalam hati, "Berbaloi ke aku habiskan ratus-ratus ringgit for an exclusive planner?”
Aku belek-belek planner tu. Lawa... tapi aku terfikir, "Hmmm, baik aku buat planner sendiri. With my own hand drawings & paintings. Lagi puas… plus economical.”
I put the planner back into its glass display. Head back home. And sekali lagi aku terfikir, ”Wait…. Kalau mcmtu, baik aku buat a special designer planner, but not only for myself; for everyone who wants it too. An affordable exclusive planner….”
-Teme Abdullah, 2018.
Maka, pada tahun 2019, T Planner pun diwujudkan.
Setakat ini, terdapat tiga edisi T Planner. Edisi pertama pada tahun 2019, edisi kedua pada tahun 2020, dan edisi ketiga pada tahun 2023. Bilangan edisi ini boleh dikenal pasti dengan jumlah bintang pada logo sesebuah T Planner.
Lukisan tangan
Lain daripada planner biasa, setiap muka surat T Planner merupakan hasil lukisan tangan. Ia kemudiannya dicetak dalam kuantiti yang terhad mengikut kadar pengeluaran tahunan.
Jumlah yang terhad
Jumlah cetakan T Planner adalah terhad: T Planner 2019 sebanyak 11,111 naskhah. T Planner 2020 sebanyak 22,222 naskhah. T Planner 2023 sebanyak 12,300 naskhah.
Ia boleh dibeli secara pre-order pada bulan Oktober tahun sebelumnya. Contohnya, untuk T Planner 2020, pre-order akan dibuka pada bulan Oktober 2019. Pre-order itu pula hanya akan dibuka selama seminggu sahaja. Jika had pengeluaran T Planner pada tahun tertentu itu telah tercapai, pre-order akan ditutup walaupun belum cukup seminggu.
Certificate Of Ownership
Certificate Or Ownership (Sijil pemilikan) merupakan salah satu ciri istimewa pada T Planner. Ia disertakan dalam setiap T Planner dan dinomborkan. Maknanya, hanya terdapat satu sahaja planner yang mempunyai nombor tersebut di dunia.
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong & KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong merupakan pemilik T Planner dengan nombor 00,001 & 00,002 pada Certificate Of Ownership. |