Dikenali kerana penglibatannya dalam dunia seni bina (architecture), penulisan, dan lukisan, Teme mula muncul di internet sekitar tahun 2008 sebagai seorang penulis blog bertemakan komik dan doodle yang diusahakan agar berunsurkan dakwah. Satu hobi yang dilakukan olehnya sebagai pelajar sekolah menengah.
Dilahirkan di Selangor, membesar di Selangor, dan menamatkan pengajian menengah di sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) yang juga di Selangor. Usai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Teme menyambung pengajian tinggi Ijazah Sarjana Muda Seni Bina di United Kingdom. Tamat pengajian ijazah, Teme bekerja di sebuah firma seni bina di London.
Teme menggunakan nama samaran yang diberikan oleh rakan-rakannya ketika di peringkat pengajian menengah sebagai nama penanya sehingga ke hari ini. Nama Abdullah pula ditambah sendiri oleh penulis di belakang nama Teme sejak pertama kali menulis buku pada tahun 2016. Cara sebutan Teme adalah sama dengan cara sebutan perkataan 'teman' dalam loghat Kelantan. 'Teman' pula boleh digunakan sebagai kata ganti nama diri pertama yang membawa maksud 'saya'. Jadi, secara ringkasnya, gabungan Teme & Abdullah membawa maksud 'saya hanyalah hamba Allah'.
2016.
Sebelum bergelar penulis buku, Teme dikenali sebagai Pelukis Jalanan yang melukis bangunan-bangunan di kota tempat pengajiannya iaitu Kota London. Dari situ, Teme terilham untuk menulis sebuah buku yang berpandukan pengalamannya sendiri selama bergelar mahasiswa di United Kingdom yang berjudul Pelukis Jalanan. Menceritakan tentang seorang mahasiswa Malaysia yang menampung kos pengajiannya sendiri di London dengan menjadi seorang pelukis jalanan dan beberapa lagi kerja sambilan.
Sebelum bergelar penulis buku, Teme dikenali sebagai Pelukis Jalanan yang melukis bangunan-bangunan di kota tempat pengajiannya iaitu Kota London. Dari situ, Teme terilham untuk menulis sebuah buku yang berpandukan pengalamannya sendiri selama bergelar mahasiswa di United Kingdom yang berjudul Pelukis Jalanan. Menceritakan tentang seorang mahasiswa Malaysia yang menampung kos pengajiannya sendiri di London dengan menjadi seorang pelukis jalanan dan beberapa lagi kerja sambilan.
2017.
Atas lonjakan sambutan yang tidak dijangka-jangka terhadap buku pertamanya iaitu Pelukis Jalanan, Teme mengambil keputusan untuk menulis sambungan buku tersebut yang berjudul Arkitek Jalanan. Setakat ini, buku kedua yang ditulis oleh Teme Abdullah ini mendapat paling banyak anugerah termasuklah Anugerah Buku Negara 2018 dan Anugerah Buku Malaysia 2020.
Atas lonjakan sambutan yang tidak dijangka-jangka terhadap buku pertamanya iaitu Pelukis Jalanan, Teme mengambil keputusan untuk menulis sambungan buku tersebut yang berjudul Arkitek Jalanan. Setakat ini, buku kedua yang ditulis oleh Teme Abdullah ini mendapat paling banyak anugerah termasuklah Anugerah Buku Negara 2018 dan Anugerah Buku Malaysia 2020.
Pada tahun 2023, selepas 6 tahun buku Arkitek Jalanan diterbitkan, ia telah dinobatkan sebagai buku yang mendapat rating paling tinggi di seluruh Asia dan Oceania oleh Goodreads!
BUKU KITA RATING TERTINGGI DI ASIA!!!
— teme Abdullah (@itsteme) September 22, 2023
Alhamdulillah. Semalam, Goodreads memaklumkan yang buku Arkitek Jalanan telah mendapat RATING TERTINGGI DI ASIA DAN OCEANIA! Terkejut saya! ðŸ˜ðŸ’•
Sebak saya tengok bendera Malaysia ada di nombor 1 dalam carta banyak-banyak negara tu, diikuti… pic.twitter.com/vMkbXVfoDq
2018.
Tahun ini, 2 judul penulisan Teme Abdullah telah diterbitkan iaitu Impian Jalanan dan Empayar: Hikayat Putera Tanpa Nama.
Tahun ini, 2 judul penulisan Teme Abdullah telah diterbitkan iaitu Impian Jalanan dan Empayar: Hikayat Putera Tanpa Nama.
Walaupun mengambil keputusan untuk merahsiakan identitinya, Teme Abdullah telah mengadakan satu sesi bertemu pembaca di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang sanggup membaca karyanya walaupun tidak pernah mengenali dirinya.
2019.
Tahun ini juga 2 judul penulisan Teme Abdullah telah diterbitkan iaitu Signature Jalanan dan Empayar 2: Hikayat Mukjizat Daripada Iblis.
Tahun ini juga 2 judul penulisan Teme Abdullah telah diterbitkan iaitu Signature Jalanan dan Empayar 2: Hikayat Mukjizat Daripada Iblis.
Hasil sokongan oleh para pembaca ke atas karya-karya Teme Abdullah, penulis telah dipanggil menghadap Ketua Negara Malaysia KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan permaisuri baginda KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar. Teme mempersembahkan kesemua karya penulisannya termasuklah dua naskhah T Planner kepada baginda.
2020.
Rezeki tahun ini, Teme masih lagi berjaya menyiapkan karya yang baharu. Kali ini, 2 buku telah terbit iaitu Selamat Tinggal Purnama: Strain Pertama & Selamat Tinggal Purnama: Strain Kedua.
Tahun ini juga, karya yang berbentuk lukisan potret baginda berdua oleh Teme Abdullah pula telah dijadikan hiasan di istana. Lukisan yang sama itu juga digunakan untuk barang-barang rasmi istana negara termasuklah pelekat kenderaan Istana Negara, dan kotak kurma derma kurnia Istana Negara.
2021.
Pada tahun ini, 3 naskhah penulisan Teme Abdullah telah diterbitkan iaitu Kapal Terakhir Di Dunia Episod I, II, III.
Manakala, judul Selamat Tinggal Purnama yang terbit pada tahun sebelumnya pula telah diangkat untuk tersenarai dalam 50 Best Malaysian Titles for International Rights 2020/2021 . Adalah satu rezeki dan penghormatan yang besar untuk bertuah terselit sebaris dengan nama-nama tersohor dan yang lebih berpengalaman seperti Sasterawan Negara dan Sasterawan Perak.
Selain itu, Arkitek Jalanan, buku kedua tulisan Teme Abdullah yang terbit pada tahun 2017 pula telah menjadi salah satu penerima Anugerah Buku Malaysia 2020.
2022.
Setelah 2 tahun belum ada sambungan dalam Siri Empayar, akhirnya Empayar 3: Hikayat Saka Keturunan Raja diterbitkan pada tahun ini.
Selain itu, ketiga-tiga buku dalam judul Kapal Terakhir Di Dunia (Episod I, Episod II, & Episod III) yang terbit pada tahun lalu telah tersenarai dalam calon anugerah MPH Best of 2021. Dan buku Kapal Terakhir Di Dunia: Episod I telah diangkat sebagai pemenang!
2023.
Satu buku terbit pada tahun ini, yang mungkin merupakan judul terakhir dalam Siri Jalanan iaitu Penulis Jalanan. Kini, sudah ada 5 buku dalam Siri Jalanan.
Manakala, judul yang terbit pada tahun sebelum ini iaitu Empayar 3: Hikayat Saka Keturunan Raja telah mendapat tempat pertama bagi Anugerah Pilihan pembaca POPULAR-BH 2023. Dalam tahun yang sama, laman database pembaca yang tidak asing bagi para pembaca iaitu Goodreads telah menamakan buku Arkitek Jalanan (2017) sebagai buku dengan rating tertinggi di seluruh Asia dan Oceania!
2024.
Buku Bayang Sofea diterbitkan. Buku ini mencatat jualan terpantas iaitu 100,000 naskhah terjual dalam tempoh kurang 6 bulan!
Setelah 6 tahun berlalu sejak meet & greet pertama bersama Teme Abdullah, Meet & Greet 2024 diadakan pada tahun ini. Kali ini, ia berlangsung selama 4 hari bermula di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024, dan di 4 kedai buku sekitar Kuala Lumpur & Selangor.
@temeabdullah Saya ada ceritakan tentang ‘muzium’ ini dalam buku Penulis Jalanan 😊 (Sekarang dah ada kat bag kuning!). Terima kasih kerana masih membaca penulisan saya setelah bertahun-tahun. Terima kasih kerana terus mempercayai karya saya sehingga sekarang. Doakan Allah kuatkan hati dan fizikal saya!
♬ adeera lebih indah - babu kucing
-----------------
Setakat ini, Teme Abdullah telah menulis 14 buah buku:
Siri Jalanan, 5 naskhah
1. Pelukis Jalanan (2016)
2. Arkitek Jalanan (2017)
3. Impian Jalanan (2018)
4. Signature Jalanan (2019)
5. Penulis Jalanan (2023)
Siri Empayar, 3 naskhah
6. Empayar: Hikayat Putera Tanpa Nama (2018)
7. Empayar 2: Hikayat Mukjizat Daripada Iblis (2019)
8. Empayar 3: Hikayat Saka Keturunan Raja (2022)
Siri Purnama, 2 naskhah
9. Selamat Tinggal Purnama: Strain Pertama (2020)
10. Selamat Tinggal Purnama: Strain Kedua (2020)
Siri KTDD, 3 naskhah
11. Kapal Terakhir Di Dunia Episod I (2021)
12. Kapal Terakhir Di Dunia Episod II (2021)
13. Kapal Terakhir Di Dunia Episod III (2021)
14. Bayang Sofea (2024)
Hanya buku pertama penulis sahaja (Pelukis Jalanan, diterbitkan pada 2016) yang ditulis ketika bergelar mahasiswa. Buku-buku yang lain ditulis selepas menamatkan ijazah.
Teme hanya seorang pengkarya biasa yang hanya bernasib baik untuk dianugerahkan oleh Allah pembaca yang betul-betul menghidupkan karyanya. Alhamdulillah.
Segala perkara baik yang dilalui ini ialah hasil doa berterusan ibu bapa, keluarga, pembaca, penyokong, dan kawan-kawan yang tidak putus-putus sehingga ke hari ini.
Teme hanya seorang pengkarya biasa yang hanya bernasib baik untuk dianugerahkan oleh Allah pembaca yang betul-betul menghidupkan karyanya. Alhamdulillah.
"melukis2 ni tak kemana, lagi2 org malaysia, mana bole pegi jauh dgn lukisan"— teme Abdullah (@itsteme) May 11, 2015
aku ingat kata2 tu,
aku akan buktikan. pic.twitter.com/F2NiH7XWXt
Senarai Anugerah yang diterima oleh Teme Abdullah