Di Sebalik Kapal Terakhir Di Dunia

Amaran spoiler: Artikel ini punyai spoiler tau? Jika anda belum membaca Kapal Terakhir Di Dunia, bercadang untuk membaca, dan tidak sukakan spoiler, jangan baca artikel ini dulu.

                                                                                                                      




Tahukah kalian, bumi bukan bulat?

 

Sebelum kalian menyangka aku sebagai penyokong teori bumi rata, di sini aku keluarkan satu fakta. Bumi tidak sepenuhnya berbentuk sfera. Ia oblate spheroid. Hampir sebuah sfera, tetapi bukan sfera sempurna.



Walaupun aku bukanlah penyokong teori bumi rata, haruslah aku jujur yang aku pernah juga beri komuniti ini peluang untuk meyakinkan aku akan teori mereka. Macam-macam yang aku baca. Nampaknya, komuniti tersebut sudah bergerak ke arah alasan-alasan saintifik yang lebih canggih. Tidak mustahil sekarang semakin ramai beriman akan teori tersebut. Namun, alasan-alasan saintifik yang mengukuhkan bentuk bumi itu oblate spheroid adalah jauh lebih kukuh. Jadi, aku yakin akan itu.

 

Aku yakin yang bumi itu tidak rata atas dua sebab. Yang pertama, ada kajian, bukti, dan sandaran saintifik yang cukup kukuh. Yang kedua, aku yakin dengan penyaksian angkasawan yang telah keluar ke angkasa untuk melihatnya sendiri.

 

Itulah sifat leceh yang ada pada diri aku sendiri. Walaupun sesuatu itu sudah dikatakan fakta, aku tetap ada waswas. Aku perlu faham sendiri dahulu sebelum percaya sepenuhnya. Perangai ini kadangkala melambatkan kerja aku. Hal yang sepatutnya aku ambil bulat-bulat, aku telah lecehkan dengan kajian untuk betul-betul yakin terlebih dahulu. Tetapi sifat ini juga banyak menyelamatkan.

 

Sifat itulah yang menjadi pencetus Kapal Terakhir Di Dunia. Ia satu proses untuk aku memahami sistem dalam planet yang kita duduki ini berdasarkan apa yang aku lalui. Semakin banyak aku mengembara, berjumpa dengan bermacam-macam orang, semakin banyak yang aku persoalkan. Lalu, penulisan aku bertukar daripada pendekatan menceritakan pengalaman kepada satu perumpamaan kehidupan yang lahir daripada usaha aku untuk memahami dunia. Semakin lama, semakin aku sedar yang banyak yang aku belum tahu. Dari situ, lahirlah Kapal Terakhir Di Dunia.


Watak utama

Aku ingat lagi aku pernah terbaca kritikan seorang penulis berkaitan buku keempat yang aku tulis beberapa tahun lalu. Aku terlupa akan ayat yang tepat, tapi ia lebih kurang begini, “Teme reti buat orang root for a character. Kita menjiwai character tu sampai kabur tindakan watak itu betul atau salah.” Kritikan itu terngiang-ngiang dalam minda aku sampai sekarang.

 

Dalam buku Kapal Terakhir Di Dunia ini, secara teknikal, Arialah watak utama. Walaupun remaja itu tidak semestinya watak kegemaran aku, pengalaman Aria lebih penting untuk Kapal Terakhir Di Dunia. Lagipun, ciri-ciri tertentu yang ada pada Aria itu ada pada kebanyakan daripada kita sekarang. Walaupun dalam keadaan separa sedar.

 

Jadi, aku membuat keputusan untuk menolak Aria ke pentas. Kali ini, aku berhati-hati untuk tidak jadikan Aria terlalu ‘diidolakan’. Dia tidak boleh terlalu dicintai oleh pembaca sampai terkabur akan yang mana betul dan yang mana salah. Ini adalah kerana ada satu lagi ‘watak utama’ yang aku harap lebih menonjol. Iaitu mesej buku itu sendiri. Aku mahu mengajak kalian semua memikirkan persoalan yang sama. Kerana aku juga mencari jawapan. Aku juga cuba memahami hakikat dunia.

 

Tetapi, kalau pembaca nak sukakan Aria atau mana-mana watak pun tidak ada salahnya. Aku sendiri pun ada watak kegemaran dalam Kapal Terakhir Di Dunia ini. Cuma, sebagai penulis, kurang wajar untuk aku sebutkan kan? Nanti jealous pulak watak lain.


Kenapa bentuk Bokor begitu?



Objek gergasi itu perlu dalam bentuk yang paling tepat sebagai sebuah kubu, tempat perlindungan dari sebarang bencana, dan sebuah kapal. Di sini, aku aplikasikan sedikit ilmu seni bina. Reka bentuk Bokor bermula dengan lakarkan kapal berbentuk sfera. Ini adalah kerana bentuk itulah yang paling kukuh sebagai sebuah kubu. Sfera merupakan satu-satunya bentuk 3D yang tidak punyai satu titik yang paling lemah atau titik yang paling kuat. Cukup sempurna sebagai kubu melawan bencana.



Tetapi, ia perlu dijadikan supaya tahan gegaran berlebihan pula. Tidak guna kubu itu tidak musnah, tetapi manusia di dalamnya semua mati akibat gegaran gempa bumi ketika bencana. Jadi, kubu itu diletakkan di laut untuk menggunakan sifat air laut itu sendiri sebagai peredam gempa semula jadi. Air masin yang dalam dan tumpat itu akan menyerap gegaran.



Setelah kebal gempa, ia perlu kebal terbalik pula. Sesebuah kapal itu lebih mudah untuk terapung secara mendatar jika ukuran horizontalnya lebih daripada ukuran vertikal. Ia lebih stabil. Jadi, tidaklah Bokor itu terbalik jika dipukul ombak gergasi sekalipun. Maka, bentuk sfera sempurna tadi pun berubah.



Lalu, jadilah bentuk Bokor yang sekarang. Hampir sebuah sfera, tetapi bukan sfera sempurna. Sounds familiar?


Cover buku



Muka hadapan buku pertama (Episod I) dan kedua (Episod II) adalah gambaran untuk membantu pembaca menghayati babak-babak di dalam buku. Buku pertama menunjukkan rupa Bokor yang terapung di lautan. Buku kedua pula menggambarkan satu babak yang merupakan turning point besar buat Aria. Mungkin juga turning point terbesar buat keseluruhan Kapal Terakhir Di Dunia. Ia momen di mana Aria mula berfikir; bukan hanya menelan bulat-bulat ‘fakta’ yang diterima olehnya.


Muka hadapan buku ketiga (Episod III) pula lain daripada buku pertama dan kedua. Kali ini, ia bukanlah babak di dalam buku. Ia sebuah kiasan. Cerita Kapal Terakhir Di Dunia ini boleh dinikmati sebagai sebuah fiksyen total. Boleh dibaca sebagai kerehatan daripada dunia nyata untuk menyelami dunia yang wujud di minda penulis. Tetapi ia tidaklah pula jauh dengan kenyataan buat mereka yang mahu membawanya ke alam realiti. Jadi, kulit buku Episod III ini membawa perlambangan itu.


Ada gambaran segolongan manusia yang dikerahkan menarik Bokor yang besar. Jika kalian perasan, sudut pandangan ilustrasi dijadikan sejajar dengan manusia yang menarik Bokor tersebut. Jadi, kalian yang melihatnya akan merasa berada di atas tanah juga; bukan di atas puncak Bokor. Di peringkat ini, kalian seakan-akan menyaksikan apa yang sedang berlaku pada para manusia di bawah itu. Kemudian, sengaja aku wujudkan lampu sorot (spotlight) di tengah-tengah Bokor yang menyuluh para manusia tersebut. Dalam masa yang sama, ia menyuluh seorang lagi watak. Iaitu kalian yang memegang buku itu. Kalian bukanlah hanya menyaksikan, tetapi, kalian juga menarik Bokor yang sama.

Aku tekankan lagi peranan lampu sorot tersebut dalam video cover reveal di bawah ini. Ya aku typo. Don't judge T_T


 

Penamat KTDD

Buat masa ini, penamat sedia ada Kapal Terakhir Di Dunia adalah penamatnya. Tidak digantung, tidak disangkut. Aku ada versi aku sendiri akan apa yang berlaku sebelum dan selepas 3 episod yang ditulis itu. Kalian pun bebas untuk ada versi masing-masing.

 

Aku boleh sambung kisah Koba, Ana, Niha, Ora, para kru Aras Atas, Royu, dan Chif Kuning. Aku boleh ceritakan satu per satu bagaimana Pakatan Matahari bergerak serentak di setiap aras menuju matlamat mereka. Dan akhirnya, mereka bebas daripada belenggu selama ini. Aria juga diselamatkan dan mendapat ingatannya kembali. Kemudian, para Manusia Suci mendapat balasan setimpal seperti yang aku gambarkan. Tetapi, itu bukanlah matlamat buku ini. Lebih perit, realiti dunia tidak sebegitu.

 

Pernah lihat filem Parasite (2019)? Di penghabisan cerita, penulis menunjukkan satu per satu dengan pantas akan cara watak utama itu merancang untuk mendapat pekerjaan yang baik, mendaki tangga pengkelasan manusia, dan akhirnya mampu membeli rumah idamannya. Dengan itu, watak utama dapat bertemu semula dengan bapanya yang terkurung bertahun-tahun di bilik bawah tanah. 


Scene-scene pembentangan rancangan mengejar impian itu disusun dan ditayangkan dengan gambaran yang semua perancangan itu sedang/telah dilaksanakan dengan jayanya.


Tiba-tiba, ia ditamatkan dengan scene akhir yang menunjukkan semua itu semua hanyalah impian yang belum terlaksana. Tetapi dalam sebuah temu bual, Bong Joon-ho (pengarah, penerbit, dan penulis skrip) sendiri mengatakan yang itu bukanlah impian, tetapi hanya angan-angan mat jenin. Impian yang tidak mungkin tercapai. Bagi aku, ia seolah-olah meninggalkan konklusi, “Demikianlah hidup. Yang atas tetap di atas. Yang kelas bawahan tetap kekal kelas bawahan. Deal with it.”



Walaupun ada kritikan, secara peribadi aku merasakan pengakhiran itu bagus dan berhasil buat filem tersebut. Tetapi tidaklah bermakna aku akan mengambil pendekatan yang sama juga. Aku tidak sepenuhnya bersetuju dengan konklusi itu. Aku tetap percaya, dengan perancangan dan usaha, peluang untuk mengubah nasib hidup itu ada. Jadi, aku tinggalkan satu penamat yang menunjukkan sinar harapan.


Kapal Terakhir Di Dunia ditamatkan dengan Pakatan Matahari sedang merancang dengan rancangan yang paling besar yang bukan hanya melibatkan Sektor Biru. Kali ini, pakatan itu telah ‘memecah tembok’ antara sektor dan aras. Adakah gagal? Adakah berjaya? Haaa…. Yang ini bergantunglah kepada pembaca. Sudah terhidang nasi himpit, daging bakar yang tercucuk pada lidi, kuah kacang, dan timun. Bergantunglah kepada kalian untuk menikmatinya sebagai sate dan juadah pelengkap..... atau sebagai nasi berlauk daging bakar, berkuah kacang, dan berulamkan timun. Tiada yang salah. Aku sentiasa teruja untuk melihat pelbagai spektrum sisi pandang daripada kalian.

 

Namun, jika hidangan itu kurang sedap, aku minta maaf. Ketahuilah, aku langsung tidak berniat untuk sengaja jadikan ia tidak sedap. Aku berusaha betul-betul untuk pastikan ia resipi yang paling enak. Aku tidak main-main dalam merangka resipi. Semuanya diatur untuk mewujudkan rasa yang mendalam dan bukan hanya sekadar dirasai ketika mengunyah. Akan tetapi, jika ia tidak sedap juga, maknanya pasti ada juga sesuatu yang tak kena pada chef kan? Aku minta maaf. RM30 bukanlah nilai yang remeh terutamanya buat masa ini. Kalian berhak mengadu terus kepada aku kalau ia tidak sedap. DM twitter, DM instagram, malah emel aku pun tidak pernah ditutup untuk kalian. Namun aku mahu jelaskan sekali lagi, aku tidak berniat langsung untuk jadikan ia tidak sedap. Tidak pernah terlintas begitu. Pada fikiran dan cita rasa aku, ia sudah di tahap yang terbaik. Malah aku berkobar-kobar untuk hidangkan kepada semua. Walaupun seperti hampir mustahil, aku akan terus cuba dan cuba memperbaiki resipi agar ia sedap di lidah semua orang. InsyaAllah. 

 

Buku ini ditulis sebagai satu hiburan buat kalian, pembaca. The world, the journey, the characters, the story, yang semuanya digembleng untuk membuatkan pembaca puas. Tetapi, aku tidak mahu ‘feel good’ yang, “Yay! Dah habis baca! Bestnya!” lepastu tutup buku dan teruskan kehidupan seharian tanpa ada sesuatu yang melekat di fikiran.

 

Boleh sahaja, “Yay! Dah habis baca! Bestnya!” begitu. Tidak salah pun. Cumanya, macam yang aku katakan tadi, aku juga perlukan bantuan kalian untuk sama-sama berfikir akan persoalan dunia. Sebab itulah aku berikan penamat yang aku kira sudah jelas, tetapi tetap ada elemen ‘What if?’ untuk kalian bermain dengan imaginasi sendiri.

 

Kalaulah kalian orang yang mendapat warkah dengan contengan dakwat keperangan daripada Aria, apakah tindakan anda? Adakah anda akan mengkaji siapakah Ana? Adakah anda akan mengkaji kesahihanya dakwaannya? Adakah kepercayaan anda akan peraturan Bokor akan goyah atau semakin menebal? Adakah anda akan mula menyebarkan ‘ajaran’ tersebut kepada orang terdekat? Adakah anda akan mejadi salah seorang manusia yang akan menjulang genggaman ke udara lalu membukanya? Atau....... adakah anda golongan yang akan melaporkannya terus kepada askar?


Kesimpulan

Seperti yang aku katakan mula-mula tadi berkaitan teori bumi rata. Aku yakin rata-rata yang baca ini bukanlah pentaksub teori bumi rata. Tetapi kenapa kalian boleh percaya bumi itu tidak rata? Adakah kalian pernah melihat sendiri? Atau semata-mata fakta yang diturunkan lalu kalian terima bulat-bulat?

 

Sesetengah fakta memang lebih efisien diturunkan tanpa persoalan. Lebih-lebih lagi perkara-perkara yang jelas. It is what it is. Tetapi, jika terlalu diperluas, situasi itu membuka kerompongan di minda yang memudahkan manusia dimanipulasi dan dipergunakan.

 

Jadi, sebolehnya kepercayaan itu perlu hadir dengan ilmu. Pembacaan, kajian, melihat data, dan melihat bukti-bukti yang sabit. Namun, hati kita akan tetap merasa kelompongan akan kepercayaan itu jika kita tidak menyaksikannya sendiri bukan? Jadi bagaimana? Malangnya, dalam konteks bumi tidak rata ini, kita hanya perlu merasa cukup dengan penyaksian mereka yang pernah menyaksikannya sendiri. Setakat ini, aku yakin dengan penyaksian para angkasawan bahawa bumi itu tidak rata.



Kemudian, persoalan itu harus dipanjangkan kepada soal-soal lain secara umum. Misalnya penindasan. Adakah kita benar-benar sedang hidup dengan bebas merdeka? Atau kita ditindas tanpa sedar dengan sedahsyat-dahsyat penindasan dan manipulasi? Atau kita memang yakin yang kita tidak ditindas semata-mata kerana kita diberitahu sejak lahir yang kita manusia merdeka?

 

Atau adakah kita juga sedang ‘dikuarantin di Aras Lantai’ selama ini? Dikuarantin dari segi cara berfikir dan cara hidup secara umumnya. Untuk menebalkan lagi tembok kuarantin tersebut, kita dipecah-pecahkan. Kemudian, kita diberi ‘penyakit’ agar jurang antara kita semakin besar. Semua ini menyibukkan kita dengan perkelahian remeh yang tidak berpenghujung. Menjauhkan kita dengan permasalahan yang sebenar. Jelasnya, semua ini menguntungkan golongan tertentu. Tetapi siapa?

 

Berbalik semula kepada penyaksian bumi tidak rata tadi. Manusia di dalam Bokor juga melalui perkara yang sama. Mereka diberitahu dunia di luar itu gelap. Tetapi, tidak semua pernah menyaksikannya. Bahkan sedikit benar yang pernah keluar kapal gergasi tersebut. Begitulah untuk kita benar-benar yakin: kita perlu melihat dan melaluinya sendiri. Tetapi, siapakah yang boleh berikan jaminan yang penyaksian itu tidak termanipulasi dek lapisan cermin gelap pada helmet pula? Allahualam.


Setakat ini saja

Banyak lagi yang aku boleh kongsikan dan kupas. Misalnya kenapa nama-nama yang aku pilih berbunyi demikian, kenapa ikan paus dan bukannya ikan yang lain, kenapa sektor-sektor itu mewakili warna-warna, kenapa kambing, mengapa dialog manusia di Aras Lantai itu ringkas-ringkas sahaja, kenapa nama-nama manusia di Aras Atas itu panjang berbanding manusia di Aras Lantai, dan sebagainya. Tetapi, aku akan memilih untuk tinggalkan semua itu dahulu buat masa ini. Kini, cerita itu sudah menjadi milik kalian. Aku akan tinggalkan bahagian itu untuk angan-angan dan keseronokan kalian sendiri. Tidak ada yang betul atau salah.

 

Akhir sekali, terima kasih sebab masih percayakan karya aku 

More adventures to come, insyaAllah.

✊πŸ»πŸ–πŸ»

76 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. The best book ive read this year! Tq teme! 🀩

    ReplyDelete
  4. Salute! Setiap buku Teme mesti ada ilmu yang ingin disampaikan. Teruskan Teme! Semoga Allah rahmati, aamiin.

    ReplyDelete
  5. very good punya penulisan.. i loikeee

    ReplyDelete
  6. Hai Assalam,Teme!Thanks sbb hasilkn sebuah bahan bacaan yg superb❤️.. Dont forget to praise urself✨ hehe.. tak habis baca lagi but i will come again and kasi reviewπŸ™ˆ.. Itu saja.. Goodluck and fight for itπŸ’ͺ🏻

    ReplyDelete
  7. very good punya penulisan.. i loikeee

    ReplyDelete
  8. Soalan yang selalu bermain dkt minda saya lepas habis baca buku KTDD 3.. What happened to Aria? What happened to manusia suci? What happened to this to that? And now I know what happend.. It keep coming in my mind and makes me sad. Terima kasih teme utk bagi explanation mcm ni.. I've been waiting for it!!�� Much love ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Me too , I have mix feelings for aria and wonder if ana will meet him again

      Delete
    2. Agree 100% with you guys πŸ˜”

      Delete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Storyline dia best TemeπŸ‘πŸ»Teruskan berkarya....Buku-buku Teme sangatlah menarik dan tersirat banyak pengajaran dan ilmu-ilmu yang baru....Idea sangatlah fresh dan membuka minda pembaca✨Good job amd thank you TemeπŸ‘πŸ»

    ReplyDelete
  11. Teme best! Karya teme terbaik! Keep on writing, saya tak sabar next karyaaaaa

    ReplyDelete
  12. Sejujurnya dalam semua buku² Teme, KTDD adalah buku yg paling puas akk baca. Byk perkara yg membuatkan akk terfkir dan tersedar. Buku ini tak boleh dijadikan sekadar hiburan..jika tidak mesejnya tak smpai. Pembaca perlu betul² mghayati setiap kisah, kejadian bahkan perbualan. Akk sgt suka watak Vuk tetapi watak Aria sgt byk memberi pengajaran. Akk yakin ramai yg akk merasai msej besar yg Teme cuba sampaikan. Tahniah dan terima kasih atas perkongsian ini. 😊

    ReplyDelete
  13. Benar, kisah yang ditamatkan dengan persoalan akan lebih lama berlegar di fikiran, akan sentiasa membuatkan kita terfikir apa yang akan terjadi dan apa yang disembunyikan di sebalik kenyataan

    ReplyDelete
  14. Tehniah Teme! Sgt setuju endingnya sebegitu. Seriously, sgt meninggalkn kesan & rsa begitu terkait dgn keadaan semasa. Ending yg tiada siapa tahu realitinya bagaimana. Mesej KTDD sgt tepat pd masanya! πŸ‘πŸ‘πŸ‘ #keepitup

    ReplyDelete
  15. Thanks teme, karya teme banyak buka minda pembaca. Keep it up

    ReplyDelete
  16. Dua kali baca episod akhir untuk dapat 'feel'dan ya, sesuatu yang mencuit minda untuk berfikir sesuatu yang lebih luas. Bukan sahaja di dalam imaginasi tapi dalam realiti kehidupan kini. Terima kasih, Teme. You made me think more.

    ReplyDelete
  17. The best book ever! Congratulations Teme����

    ReplyDelete
  18. Selesai membaca KTDD 3.Penuh tanda tanya.sarat dengan persoalan.Agak kecewa sebab nak tahu pengakhirannya.Tapi, ibarat diri sendiri "hidup" dalam bokor..meletakkan diri ditempat Vuk rasanya begini..ditempat Aria rasanya begini.Terbawa2...Nuway, good job Teme..akak enjoyed baca semua buku² Teme.Nice!!!πŸ‘

    ReplyDelete
  19. I thought KTDD tergantung. Still nak tahu ending dia macam mana but after read this, baru tahu kenapa teme buat ending macam tu. However, puas hati baca siri ktdd ni. Paling puas bila baca ktdd 3. Ibarat semua persoalan yang hadir di ktdd 1 and 2 tu terjawab. Good job Teme ♥️

    ReplyDelete
  20. Panjang..tp worth it baca..tertungu2 next Karya pulak...

    ReplyDelete
  21. Lepas baca KTDD ini, makcik boleh lihat perkembangan daripada cara anakanda berfikir. Majoring in history, agaknya tak keterlaluan untuk makcik kata yang ada semangat perjuangan reformasi daripada penulisan kali ini. Kita tengok apa perkembangan anakanda teme 10-15 thn lagi pula. Makcik tak terkejut kalau anakanda jadi salah seorang tokoh reformasi kelak. Percikan-percikan itu sudah ada. Selamat maju jaya anakanda. Doa makcik sentiasa mengiringimu.

    ReplyDelete
  22. Hai teme ! Terima kasih kerana menghasilkan karya yang membantu kami berfikir. Cerita yang menarik !

    ReplyDelete
  23. I love your perspective and how you drive people into that perspective. Keep writing Teme, because I'll keep investing (in good materials) ❤

    It's indeed true, perkara yang meninggalkan tanda tanya akan lebih melekat di minda. Thank you for this masterpiece, Teme.

    ReplyDelete
  24. Terima kasih untuk karya ini teme! Sangat terperinci bagi setiap kisah. Sambil membaca sambil berfikir dan berimaginasi. Semoga boleh keluarkan lebih banyak lagi karya macam ni. Goodluck!

    ReplyDelete
  25. Ya Allah Teme�� sebenarnya saya broken dgn penghabisan buku ni tpi teme dah cakap mcm ni kan.. Saya cuba terima.. Tahniah Teme buat hati perempuan macam saya & kawan-kawan saya broken berkali-kali.. Tidak ada lagi mana-mana lelaki yg berjaya buat kami broken untk kesekian kali hurm... Harapnya broken ni dapat dipujuk setelah buku yg seterusnya keluar.. Saya menantikannya

    ReplyDelete
  26. tak pernah baca karya teme .selalu baca review org2 yg buku teme best.teringin betul nak baca. tapi belum berkemampuan. insya allah, ada rezeki saya beli ��

    ReplyDelete
  27. tak pernah baca karya teme .selalu baca review org2 yg buku teme best.teringin betul nak baca. tapi belum berkemampuan. insya allah, ada rezeki saya beli πŸ˜€

    ReplyDelete
  28. tak pernah baca karya teme .selalu baca review org2 yg buku teme best.teringin betul nak baca. tapi belum berkemampuan. insya allah, ada rezeki saya beli πŸ˜€

    ReplyDelete
  29. Yezzzz....akhirnya terjawab segala persoalan dengan artikel ini. Cerita ini mmg jujurnya bagi saya ada yg tergantung dalam buku tapi tidak dalam fikiran. You have a purpose to let us (readers) to think and imagine the next steps happened. Saya baca kesemua buku teme, dan ada banyak yg saya belajar. Dalam buku KTDD ini, banyak plot twist dari segi karakter yang di bawa bagi setiap watak. Ada yg kita ingatkan baik rupanya jahat. Ada yg kita ingat betul dah tindakan kita tapi sebenarnya salah. Tapi satu yg sedar, komunikasi itu penting. Pada pendapat saya, salah satu sebab Aria tersilap langkah kerana dia tidak tahu ttg matlamat vuk. Andaian saya, jika vuk berkongsi matlamat dgn Aria, mungkin salah faham itu takkan ada. Pendapat saya je la tu. Overall, karya yang hebat drp Teme. Teruskan berkarya.

    ReplyDelete
  30. Baru rasa puas dengan ulasan dan penerangan ni!
    Sejak habis baca all three books, my daughters (9yo and 11yo) are always discussing ins and outs of the book! Masa makan cerita, masa main2 cerita. Sekejap Aria, sekejap Niha, Ana..Dah berkali2 diorang repeat baca. We have good discussions too, especially senang nak kaitkan dengan isu semasa sekarang!

    We have all your books Teme! They are your young fans! Selalu tanya Teme tulis apa2 tak kat insta and Twitter hehehe

    ReplyDelete
  31. Tahniah teme kerana menghasilkan karya yg membantu kami berfikir ..teruskan berkarya...good job teme.. actually buku² teme blh dikatakan semuanya best²..❤️

    ReplyDelete
  32. thank you sbb menghasilkan karya kapal terakhir di duniaπŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ» it really help me to think outside of the boxπŸ€©πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

    ReplyDelete
  33. SO GOOD! LOVE IT TEME <3

    ReplyDelete
  34. Hai Teme! Saya antara insan yg minat dengan hasil penulisan Teme, seriously for me they are all amazing! Setakat ni saya tak dapat baca semua tapi baru beberapa buku & bnyk sgt manfaat yg boleh dapat + dapat relate in real life. Utk buku KTDD ni saya dah beli ketiga-tiga alhamdulillah cuma belum ada kesempatan nak baca (lepas final saya baca hehe). Kagum dgn cara pandang Teme, rupa2nya ada perkaitan dgn konsep sains ye KTDD ni🐱 Terbaiklah Teme & teruskan berkarya, may Allah bless you always :)

    ReplyDelete
  35. Bila baca the last page of ktdd iii at 3.40 a.m,(5jam je tau khatam haha) "oh dh habis?" but once mula fikir balik ending n story kt adik aku, yes betul la artikel teme ni cakap, you kasi pembaca imaginasi sendiri. Kalau la otak manusia ni boleh tayang mcm tv tu, haaa macam2 ha aku bayang ktdd tu. Thank you teme. Love ur writing so much. Bukan nk cakap apa la kan memang masa baca tu, watak, latar tempat apa semua tu asyik terbayang je yg dari filem2 barat like maze runner hunger game dan sewaktu dengannya. Sebab x jumpa lg filem malaysia ala2 mcm ni,i hope KTDD bakal di tayang kan di layar perak.aamin. Kekal jadi buku pun xde salahnya. Lagi nikmat dn lagi luas imaginasi pembaca. Good job teme. Saya bangga jadi rakyat malaysia, hahaha. Semoga dipermudahkan segala urusan teme asbab bhgiakan ramai org yg baca buku teme :)

    ReplyDelete
  36. Congrats Teme!You did it. After bce this message bru mengerti tntg pengakhiran cerita ktdd. And yes,the best book ever! pling puas bile bce ktdd3,rasanya seperti terjwb semua persoaln yg bermain di minda.Thank you teme!
    xoxo;
    peminat buku teme

    ReplyDelete
  37. Bittaufiq wannajah! Buat yang terbaik tau pastu, nanti roger saya! Roger tau, jangan tak roger! Saya tungguuuuu. TAUU!

    ReplyDelete
  38. Rasa seronok sangat baca buku Teme, walaupun pengakhirannya seakan tergantung tapi bila difikirkan makna yang tersirat yang disampaikan oleh penulis lagi dalam perasaannya dan puas, dan di hujungnya bagi saya cukup menyampaikan sinar bahawa akan ada perubahan yang bakal dilakukan oleh orang yang berusaha mencari kebenarannya namun untuk mengangkat kebenaran itu pasti akan ada cabaran dan pengorbanannya.

    ReplyDelete
  39. Mindblown. No one words can desrcibe the feeling melainkan bila baca sendiri. Feel it by yourself. Think by yourself. Decide it by yourself. Semoga kita semua sentiasa dipandu ke jalan yg benar dan diredai. Thanks for sharing with us one of your great masterpiece during this pandemic ❤
    Lots of love.

    ReplyDelete
  40. Ending dia macam sakit hati tapi itula, kenyataan memang perit nak telan kan. :)

    ReplyDelete
  41. you're such an amazing person Teme. All the details is so perfect.The best part is a lot of new knowledge that i learnt just from this article and im very sure there's a lot more to learn in KTDD III and i can't wait to buy it when available at iman publication. Yess i didn't join the preorder before hehe. Thankyou Teme and have a rest you must be tired doing all the research πŸ₯°

    ReplyDelete
  42. Dah dapat agak dah perumpamaan yang Teme bagi dalam KTDD boleh dikaitkan dengan manusia terutama kita yang berada di Malaysia. Klu-klu yang Teme tinggalkan pun sangat baik untuk para pembaca melengkapkan sendiri puzzle tanpa perlu berharap kepada jawapan dari penulis. Lebih baik tinggalkan persoalan untuk diselesaikan oleh pembaca kerana mungkin setiap pembaca ada pengakhiran mereka masing-masing. Tak semua setuju dengan pengakhiran yang orang lain berikan. Mungkin ada yang rasa pakatan matahari akan gagal keluarkan manusia daripada bokor atas alasan mereka sendiri walaupun Teme ada sediakan klu yang menampakkan mereka akan berjaya. Karya kali ini Teme telah membuat pembaca lebih banyak berfikir terutama di zaman manusia ‘kurang berfikir tapi lebih banyak mengkritik’. Well done Teme.

    ReplyDelete
  43. Huwaa tak boleh laaa semua karya teme mesti best..I can't stop reading��

    ReplyDelete
  44. Ganbatte teme! Worth it. Hope u will bring us more journey to explore πŸ’–

    ReplyDelete
  45. Tengah kumpul duit nak beli. Harap teme bole buat giveaway

    ReplyDelete
  46. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  47. Tak pernah lagi baca buku fiksyen sampai meremang bulu roma. Terbaik Teme

    ReplyDelete
  48. saya belum beli mana² buku teme. tapi bila baca artikel ni, buatkan saya nak beli ketiga² buku KTDD. Penulisan artikel ni beri perasaan yang sama waktu saya baca novel karya Ramlee Awang Murshid. Fiksyen total tetapi kalau didalami dengan teliti sangat berkait rapat dengan kehidupan kita. wallahua'lam.

    ReplyDelete
  49. saya belum beli mana² buku teme. tapi bila baca artikel ni, buatkan saya nak beli ketiga² buku KTDD. Penulisan artikel ni beri perasaan yang sama waktu saya baca novel karya Ramlee Awang Murshid. Fiksyen total tetapi kalau didalami dengan teliti sangat berkait rapat dengan kehidupan kita. wallahua'lam.

    ReplyDelete
  50. Salam Teme..

    Benarlah firasatku bahawa siri buku KTDD ini memang salah satu masterpiece. Saya selesai bacaan buku I dan II beberapa waktu lalu. Dan saya betul-betul menikmati pembacaan buku yang ke - IIi. Terasa sayang jika selesai bacaan dgn begitu pantas. Pada pendapat saya, ianya setanding Inception film di mana ia merupakan filem kegemaran saya atas jalan cerita dan susun atur plot dan wataknya. Seperti juga yang pernah saya maklumkan sebelum ini, saya terlupa akan wujudnya rehat, makan dan usia. Terfana dengan karya ini.

    ReplyDelete
  51. my favourite books ever T_T <3

    ReplyDelete
  52. The thing is aq Tak habis bace buku tuh lagi then pergi cni and the next step is kene sediakan mental dgn ending mcm dorg ckp tbh I'm not ready dgn ending die . Pape Pon teme u r the only person yg boleh buat saye ammmm thank you teme Allah love u people love u . I love u timbehhhh

    ReplyDelete
  53. Setelah tersayang-sayang mahu habiskan buku ke-III (I was savoring each words&sentences), akhirnya bacaan tamat malam tadi. Perasaan bercampur baur & majoritinya lega dengan adanya Niha yang pendendam, Ana yang suka bertanya, Ora yang masih bersifat kemanusiaan & Koba yang setia.

    Teme menjadikan watak-watak itu begitu misteri hinggakan pembaca seperti aku mengesyaki semua orang. Jujur aku katakan, Vuk sangat kubenci pada awal bacaan. Namun ternyata anggapanku silap. Begitu juga si gunting dalam lipatan Sektor Biru. Who would've thought...

    Gaya dan plot twists yang Teme selitkan dalam cereka ini membuat aku beristighfar berkali-kali.

    Ada juga rasa sedikit kecewa kerana watak utama bertindak keburu-buruan.. "What if" he possessed even a fragment of his father's wisdom??! Namun aku memaafkannya kerana dia masih terlalu mentah dalam memahami politik si rakus dan merangka strategi terbaik untuk serang balas.

    Apapun pujian harus aku berikan atas penulisan ini yang kurasakan kembali menghidupkan bara cintakan buku tulisan bahasa Melayu yang malap dalam hati aku. Kemampuan penulisan ini membuatku ternanti-nantikan sambungan babak seterusnya. Elemen luar jangka yang segar dan menarik. Elemen kejam juga tidak berperikemanusiaan yang ada sungguh mind blowing.

    Syabas. Looking forward to read more of your work.

    ReplyDelete
  54. Good Luck Teme! Teruskan berkarya demi kelangsungan mewujudkan hamba Allah yg patuhi sarananNya iaitu Iqra'.

    Smg sentiasa dlm rahmat Allah selalu hdknya. Aamiin...

    ReplyDelete
  55. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  56. I just want to say a big thank you to teme bcs keep creating awesome stories for us, your work always open my mind to think abt what happened surrounding me,but i also curious abt pov from teme too abt the end of these stories!hehe, looking forward to read more of your work!!

    ReplyDelete
  57. Saya salah seorang ahli Pakatan Matahari ✊��️

    ReplyDelete
  58. Tahniah Teme kerana berjaya membuat sebuah karya yg menepati realiti dunia sekarang.Banyak yang kita fikir tapi bagaimana kita nak mulakan. Seolah-olah semua org dah terbiasa dgn kehidupan "follow the flow" seperti sekarang. Sama juga cerita dlm buku tu. Sesetengah org je yg menyedari hakikat sebenar, tetapi bagaimana mereka ingin menyampaikan kebenaran dlm keadaan mereka semua sudah terbiasa dgn kehidupan tersebut. Meraih kepercayaan bukan suatu perkara yg mudah.Ternanti-nanti topik apa pula yg bakal disentuh oleh Teme dlm karya akan datang. Semoga terus istiqamah menghasilkan karya yg mampu membuka minda masyarakat.

    ReplyDelete
  59. The best ending ever! To give readers the freedom to imagine the best ending they could think of. I love the way you make us think and analyze throughout our reading. Thank you Teme!

    ReplyDelete
  60. Reaksi saya setiap kali baca buku2 teme lagi2 siri KTDD, Empayar, dan STP, saya akan terdiam dan berfikir, adakah aku sebagai watak sekian2? Apa perasaan aku jika aku sebagai watak tersebut? Apa peranan aku jika aku ditempat watak tersebut? Inikah realiti dunia? Dan pelbagai persoalan yang muncul.

    Mula2 rasa semua siri ni tergantung. Tapi realitinya, kita masih menjalani hidup dan belum dipengakhirannya lagi. Dan teme berjaya buat saya dan pembaca lain untuk sedar akan realiti hidup. Bangun dari lena dan terus bertindak.

    And berdasarkan siri2 ini, jujur saya cakap, sangat berkait dengan dunia sekarang ini. Mungkin cara penyampaian itu seperti fantasi, tapi terdapat banyak kiasan yang sebenarnya merujuk kepada realiti.

    Tahniah dan terima kasih banyak-banyak teme!

    ReplyDelete
  61. Tahniah teme ☺️ i love all ur books. Ok secara jujurnya mula-mula baca KTDD 1 saya rasa macam boring tapi selepas setengah buku saya baca, saya semakin seronok dan tertanya-tanya apa sebenarnya yang Teme nak sampaikan jadi saya teruskan baca. Akhirnya barulah saya faham apa yang nak disampaikan selepas habis baca semua buku dan honestly part MS bawa Aria tengok mayat Vuk tu memang saya nangis. Sedih gila. Semoga terus sukses Teme🀍

    ReplyDelete
  62. Part bila kolar dari STP buat cameo 🀩🀩🀩🀩🀩
    Best sgt part ni, walaupun kejap tapi wowww teme ada ltk cameo aaa
    Tak sangka sbnrnya STP dan KTDD dalam universe yang sama 😝😝

    Btw saja nak kongsi luahan πŸ˜… Saya baca STP dan KTDD dalam 1 minggu yang sama, jadinya terbawa2 sikit character Latif yang terlalu baikkk dan yang sentiasa amattt berbaik sangka πŸ˜…πŸ˜… sehingga almost semua yg berlaku throughout KTDD saya cuba utk lihat sisi especially watak Vuk yang saya sayangi 😝😝😝

    Jadinya time baca KTDD 1, mmg lebih tertarik dgn Vuk berbanding Aria ada lah sebab2 saya hehehehehehehhehe (pjg lak πŸ˜…)




    Jadi bila dapati yang Vuk hmm didapati mati kat tmpt pengisar tu, dan teme pula describe dgn dahsyat sekali apa yg berlaku pada tubuh Vuk kat situ, my mind: “It s not Vuk s body! Mungkin mayat tersebut ialah mayat orang lain yang menggantikan tempat mati nya Vuk”

    I was trying really hard to deny Vuk s death! Sebab dpt rasakan yg Vuk ni hebat kott tkkn sng2 mati, plus watak dia takkanlah sikit nohh hehehehe πŸ˜…πŸ˜… So I kept on reading buku 1 dgn pemikiran yg Vuk masih hidup!

    Sampai episode 2 (tbh tk suka episode ni, mmg ada perasaan benci dan meluat pada kemewahan aras atas yg terhasil dari kesusahan aras lantai 😭😭) benci sangat, bukan benci penulisan teme, tpi mmg geram n mcm nk abiskan cecepat je time baca ep 2. Plus sbb tak de watak Vuk langsung, tpi saya still kuat percaya yg Vuk masih hidup πŸ₯ΊπŸ₯Ί

    Masuk ep 3, semakin saya percaya yg Vuk hidup, esp bila tahu dia ni ketua pakatan matahari. Jadinya seorg ketua mestila bijak atur kn multiple probabilities and plans kan heheheh. And even time Vuk da dibelasah teruk, saya masih lagi menaruh harapan esp time askar terakhir yg tnya si waris pertama ttg nak bahagian kepala Vuk ke tak. Pada saya si askar tu sbrnya salah satu anggota pakatan matahari yg menyamar hehehe. So dari situ saya buat lagi cerita sendiri yg si askar ngn Vuk (dan anggota pakatan matahari) cari mayat ganti yg muka nya da hancur so bole gantikan tmpt mayat Vuk yg saya amat sayangi oledy πŸ₯ΊπŸ’— (maybe bole je amik mana2 mayat yg commited suicide hehe)


    Plus bila si Koh bersama2 dgn si org tu yg bajet mcm mahatma gandhi tu πŸ˜‘ (geram lak), saya still bersangka baik dgn Koh, beranggapan yg dia sbrnya berlakon je dpn org tua tu, sbb nk tikam org tua tu, so pakatan matahari (termasuk lah Vuk yg masih hidup) bole naik ke aras atas dan initiate attackkk!!! Hehe.

    Even, time si Koh kata dia yg bersihkan uruskan kerja askar, lagi la menguatkan hypothesis saya yg Vuk masih hidup sbb mmg pakatan matahri plan buat begitu.

    So mmg kuat teori saya bahawa Vuk masih hidup (thanks to STP sbb contribute idea fake death ni hehhe)

    Tpi teori tu berkecai, bila Aria nampak bapanya kat koleksi persendirian si org tua tu 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭. Time tu I said to myself, “You hv to redha, Vuk s dead”.
    Jadinya saya terima je la yg ketua kesayangan da mati 😭😭😭😭😭

    Tpi tbh, bila time time Aria nak diseksa selepas org tua tu mati, masih ada terbyg3 yg sbrnya kru dan askar yg masuk tu antaranya ialah Vuk dan Ora wehh 😭😭😭 tkleh moveon.

    Pendek cerita, Vuk is my favourite character 😭😭😭 Kalah wak entel dlm STP (maap wak πŸ˜”)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la dgn sy..sy sgt suka watak vuk.

      Delete
  63. Hai teme, hope you read my comment. If tak baca pon tak pe la. ahhahah sape la saya kan. Btw buku teme never failed to make me thinking all the time. Everytime I read your books my mind will blown. "Omg sejauh ni ye pemikiran teme". KTDD is indeed a good books that make me relate to the real world. And make me realize the world are mostly work like that.

    ReplyDelete
  64. Saya belum habis baca siri KTDD lagi. Tapi, bila baca artikel Teme yang menceritakan apa sebenarnya Di Sebalik Kapal Terakhir Di Dunia, saya teruja nak habiskan betul-betul. The details are superb. Thank you Teme hasilkan sebuah karya fiksyen yang berjaya membuatkan pembaca berfikir. Pada pandangan saya, dalam realiti hidup kisah KTDD ini Bokor itulah Bumi dan manusia di dalam Bokor itulah 'Kita' manusia yang hidup di atas Bumi ini. Jadi, apa realiti yang sebenarnya? Sekian sahaja pandangan dari saya sebiji kentang. Peaco yo!

    ReplyDelete
  65. i still hope ada sambungan daripada "pembaca boleh fikirkan sendiri bagaimana penamat yang kalian mahu." im not good with my own imagination..

    ReplyDelete
  66. Assalamualaikum Teme. Saya baca buku KTDD ni, siap berlumba baca dengan ank-anak. Ditakdirkan keluarga kecil kami semuanya positif Covid baru-baru ni, maka suami pun join sekali baca trilogi KTDD ni. Siap pesan pada anak jangan jadi spoiler. We even had discussion about these books during our meal time.. My 2nd child tak baca habis, tapi dia minta saya dan abangnya ceritakan perjalanan kisah KTDD ni dan he have tonnes of questions sepanjang penceritaan kepada dia.. Setiap watak dia akan tanya detail what happened to this character, is he dead? why? etc.. What's going to happens next? kenapa koba jadi kurus sedangkan dia anak chif sektor biru, macam mana koba boleh ikut pakatan matahari, adakah ana akan jumpa balik dengan aria, will niha be reunited with her children (waris pertama dan kedua).. phewww.. macam mana ora boleh stay dekat aras atas.. He even try to imagine suasana dalam aras lantai dan aras atas tu macam mana.. i have to share this blog with him so that he can see all the sketches yo have shared...

    Kami bincang juga tentang mesej2 yang boleh dikutip dari buku KTDD ni. Btw, my kids are 11 & 10 yrs old. Thank you for a masterpiece that excites my kids to read..

    Saya tak sabar menantikan kemunculan Empayar 3 pula. Bulan Mei terasa begitu lama pula.. haha..

    ReplyDelete
  67. Out of topic. Hehe. Hmmm kenapa teme takde post sharing2 mcm dulu en kat blog. Suka baca sharing teme yg kat blog lama tu. Sy tahu mcm mengada-ngada, tp nk sy request je kalau boleh. Buat lah semula sharing pendek2 kat dlm blog ni. Ceritakan benda yg santai dan berpengajaran. Tak kisahlah apa2 pun asalkan benda tu boleh bg manfaat kat dua2 pihak. Nk cerita pasal life keee. Hahaha bukan apa sy request ni sbb sy tak dapat lagi nk baca mana2 buku teme. Hanya bergantung harap penulisan teme kat blog je la. Tu pun yg lama dah kan. Sy tahu teme sangat sibukkk sekarang dengan baru release buku baru lagi. sy hanya request je kalau teme rasa okay.


    P/s: Abaikan permintaan ini kalau teme rasa tak okay Hehehehehehehhehhe. Saja je minta kalau teme rasa okay.

    ReplyDelete
  68. Wah~ bila baca blog ni lepas habis baca ktdd series, actually makin banyak persoalan yang ! Aku tak suka cliche. So, dalam ktdd ni, aku suka ending yang macam tu. U give us freedom to interpret our own ending. And tipulah kalau aku kata, aku tak geram baca ending tu🀣 but disebabkan ending yang 'macam tu' buatkan buku ni akan stay vividly in my mind. Aku tak baca empayar lagi, so tak boleh nak pick my favourite series. So far ktdd already booked a special spots in my heart because of kelainan dia. Keep it up bro! More different and unexpected storylines tu lagi aku bestπŸ₯³

    ReplyDelete
  69. I need more. Tak puas baca. T.T
    Penulisan yang sangat details.
    Masuk list favourite writer.

    ReplyDelete

Hai. It's me, Teme. I'm sorry if you have to go through word verification before posting comment(s). I received tonnes of spam comments lately. I had to turn the word verification on πŸ˜•. Jangan jemu untuk komen tau!