Tiada T Planner 2021


Edisi pertama T Planner pada tahun 2019 terhad kepada 11,111 cetakan. Edisi kedua T Planner pada tahun 2020 pula terhad kepada 22,222 cetakan. Alhamdulillah, kedua-duanya sold out sebelum habis seminggu tarikh pre-order. Terima kasih sangat-sangat sebab menyokong seniman tempatan yang masih hijau macam aku.

Seperti yang kalian boleh agak berdasarkan rekod di atas, edisi ketiga untuk tahun 2021 ini pastilah terhad kepada 33,333 pula bukan? Jawapannya, ya. Aku memang rancangkan begitu pada asalnya. Maka bolehlah kita berkongsi karya dengan lebih ramai lagi manusia. Lagi ramailah boleh jadi geng kita!

Tapi. Ada sesuatu berlaku. COVID-19.