Dari awal aku manjadi Teme lagi, aku dapat banyak pertanyaan yang serupa dengan tajuk artikel ni. Aku kira, persoalan itu tidak akan pernah berhenti. Akan ada orang yang curious. Dulu, aku rasa tak perlu untuk fokus pada soalan itu sebab ia tak mempengaruhi apa-apa pun. Cukuplah aku seorang je tahu apa yang aku buat.
Tetapi sekarang, aku rasa, followers aku (terutamanya yang ikuti aku sejak dahulu) berhak untuk tahu serba sedikit tentang apa yang bermain dalam fikiran aku sehingga menjurus kepada keputusan untuk menjadi tidak dikenali. Jadi, bila aku ada sedikit masa, aku akan tulis. Sedikit demi sedikit. Okay?
Baru-baru ni, ada seorang sahabat aku tanya soalan berikut,
Baru-baru ni, ada seorang sahabat aku tanya soalan berikut,
“Kenapa kau taknak tunjuk muka? Kalau aku jadi kau, itulah yang aku nak bila aku capai sesuatu dalam hidup. Banyak kelebihan bila seseorang tu famous. Kau pegi restoran pun, pelayan akan layan kau special sebab dia kenal kau. Aku pernah tengok instastory *nama artis* ni, dia pegi *nama tempat* pastu kene beratur panjang. Tapi, sebab staff *nama tempat* tu kenal dia, dia tak payah beratur pun. Orang-orang yang beratur pun kasi laluan kat dia.”
Itulah yang salah seorang sahabat aku pernah ‘usulkan’ pada aku. Jadi, untuk artikel kali ini, aku akan lebih spesifik untuk menjawab persoalan yang serupa di atas.
Ya. Bagi aku, persoalan yang ditimbulkan oleh sahabat aku itu semua betul. Ia satu bentuk rezeki & nikmat menjadi seorang yang dikenali. Memang layanan istimewa itu berlaku. Sekuat mana kita mahukan layanan sama rata buat semua orang, hakikatnya, yang terkenal itu akan dapat juga sekurang-kurangnya sedikit keistimewaan. Dunia ini tidak sempurna.
Contohnya seorang yang menjaga kaunter bayaran di kedai. Dia juga manusia yang ada kesulitan. Ada masanya dia terlupa untuk senyum ketika melayan pelanggan. Bukan sengaja pun. Jadi, hampir mustahil untuk kita nakkan dunia yang sempurna. Cuma, kalaulah tiba-tiba seorang yang terkenal datang ke kaunter. Kebetulan pula, dia memang minat orang tu. Sudah semestinya dia akan tersenyum juga. Sudah semestinya dia akan cuba berikan layanan terbaik. Kan?
Tak salah pun. Malah sesetengah orang yang terkenal itu memang layak menerima layanan yang baik. Lagi-lagi jika dia dikenali dengan perkara-perkara baik.
Contohnya Datuk Lee Chong Wei. Kalau aku ni peniaga goreng pisang, lepas tu Datuk Lee Chong Wei singgah nak beli, aku dengan spontan dan berbesar hati akan offer pisang goreng secara percuma. Sebab aku kenal dia. Aku tahu jasanya kepada negara. Bukanlah satu kewajiban, cuma aku lebih gembira untuk beri layanan begitu.
Samalah macam ulama-ulama terkenal juga. Bila mereka ke masjid, nak tak nak akan ada juga layanan istimewa oleh para jemaah. Beliau akan dibawa ke bilik menunggu, dihidangkan kopi dan sebagainya. Sekurang-kurangnya, akan ada jemaah yang offer tempatnya di saf hadapan kepada beliau jika masjid tu sudah penuh.
Jadi, semua persoalan berkaitan kelebihan menjadi terkenal yang ditimbulkan oleh sahabat aku tu valid je.
So, kenapa aku masih tak nak dikenali?
Sebelum menjawab, aku kene ceritakan sesuatu dulu untuk membantu kalian menyelami cara aku berfikir.
Kalian pernah dengar tak nama Sultan Murad IV?
Bagaimana pula dengan Khalifah Umar Abdul Aziz?
Okay, kalau tak pernah kenal dua orang tu pun, pasti korang pernah terdengar nama Sidina Umar al-Khattab kan? Sahabat Rasulullah saw.
Kalian pernah dengar tak nama Sultan Murad IV?
Bagaimana pula dengan Khalifah Umar Abdul Aziz?
Okay, kalau tak pernah kenal dua orang tu pun, pasti korang pernah terdengar nama Sidina Umar al-Khattab kan? Sahabat Rasulullah saw.
Ketiga-tiga tokoh ini merupakan pemimpin kerajaan yang disegani. Khalifah. Tetapi, bukan itu je persamaan pada mereka bertiga.
Aku yakin, ramai yang pernah dengar banyak cerita berkaitan Saidina Umar. Mungkin ramai juga yang pernah dengar cerita berkaitan kegiatan Saidina Umar yang sering keluar malam-malam ke sekitar kota pemerintahannya untuk membantu rakyat. Ada cerita khalifah itu membantu rakyatnya bersalin, ada cerita khalifah itu membantu rakyatnya memasak, dan lain-lain. Yang menariknya, semua yang menerima pertolongan terus daripada Umar itu pada awalnya tidak tahu bahawa khalifah sendiri yang sedang memberi pertolongan kepada mereka.
Hal itu boleh berlaku kerana pada zaman tu tak ada lagi teknologi yang memudahkan pengecaman wajah macam sekarang. Tak ada lagi facebook, takda instagram, takda twitter, takda tiktok, malah akhbar-akhbar pun masih terhad sebarannya. Jadi, walaupun seseorang itu menjadi khalifah, tak mustahil lebih separuh wilayah takluknya tak kenal pun muka khalifah tu. Hanya namanya sahaja yang dikenali. Jika ada lukisan wajahnya di serata wilayah takluk sekali pun, kemungkinan untuk rakyat boleh terus mengenali wajah seseorang khalifah itu dengan sekali pandang sangat rendah kerana lukisan tidak sepenuhnya sama dengan susuk tubuh asal yang banyak perspektif pandangannya. Lebih sukar untuk dikenali jika khalifah itu memakai pakaian orang biasa dan tiada pengawal pun yang mengekori. Lagipun, memang susah untuk mengecam wajah seseorang pada waktu malam di zaman ketiadaan elektrik.
Itulah yang dilakukan oleh Saidina Umar untuk menjiwai hakikat hidup masyarakat. Turun menyamar sebagai rakyat biasa tanpa persalinan seorang khalifah empayar. Dan bukan Saidina Umar sahaja yang terkenal dengan kegiatan sedemikian.
Cerita yang seakan-akan serupa juga sering dikaitkan dengan Sultan Murad IV, dan Khalifah Umar Abdul Aziz. Ketiga-tiga khalifah ini selalu menyamar sebagai rakyat untuk menyelami realiti hidup mereka. Sejujurnya, aku tidak tahu sejauh mana kesahihan cerita-cerita tu. Sebab itulah aku tak cerita secara detail pun kat sini. Cuma, untuk perkara yang tidak bersangkut dengan hukum & sunnah begini bolehlah kita ambil pengajaran daripada kegiatan khalifah-khalifah tersebut.
Dengan cara turun merapati orang awam tanpa dikenali tadi, khalifah itu lebih berjaya mentadbir kerajaan dengan jiwa seorang rakyat biasa. Polisi, peraturan, keputusan, dan segala tindakan khalifah itu dirangka untuk menyebelahi rakyat kebanyakan. Sistem politik itu menjadi lebih membahagiakan. Bukan hanya mengaku berjuang untuk rakyat, walhal bermain politik untuk menyelamatkan kroni dan golongan bangsawan semata-mata.
Apa kaitan dengan keputusan aku untuk sorok identiti?
Aku terinspirasi dengan cerita-cerita tadi. Lalu, aku cuba aplikasikan dalam tugas aku juga. Maksud aku, tugas sebagai seorang Teme Abdullah.
I take my job seriously. Baik menulis, melukis, mengutarakan pendapat, atau menghasilkan apa-apa bentuk karya. Bagi aku, ia bukan sekadar kerja. Menulis bukan sekadar hobi. Ia satu tanggungjawab. Semakin ramai pembaca yang membaca, semakin besarlah tanggungjawab itu. Dan ia akan dipersoal di akhirat nanti.
Aku bukanlah pemerintah. Jauh sekali dengan istilah terkenal. Cuma, jika aku dedahkan identiti, potensi untuk terjumpa kawan-kawan yang follow aku dari social media di tempat awam itu ada. Lagi-lagi bila aku di Malaysia. Sama ada kita mahu terima atau tidak, layanan terhadap orang yang dikenali itu berbeza. Dan aku tidak mahu dilayan berbeza dalam kehidupan harian aku.
Jika aku dikenali, mungkin aku juga akan terima layanan yang lain dengan diri aku sekarang. Bila aku berbual dengan ulat buku, aku tidak akan dapat komen baik yang genuine daripada mereka. Sebab mereka tahu aku Teme. Komen itu akan tersadur sikit dengan pemanis. Bila aku berbincang dengan seseorang akan sesuatu topik, respons mereka juga akan terhad oleh kerana kesedaran bahawa rakan bualan mereka ini Teme. Jika aku berbual dengan student, aku takkan boleh tahu adakah harga karya-karya aku itu berpatutan untuk mereka. Sebab kalau mereka tahu aku Teme, pastinya mereka nak jaga hati aku. Malah, jika aku nak beli makanan di gerai, jika aku bernasib baik terjumpa dengan seorang budiman yang kenal aku, mungkin aku akan dapat diskaun. Ya, hal-hal ini merupakan kelebihan peribadi. Tetapi, aku akan terpisah dengan realiti. Aku akan menjadi senang dan selesa.
Dengan menjadi seorang yang dikenali, aku tidak lagi dapat menyelami realiti kehidupan dan permasalahan masyarakat sekarang. Lalu, penulisan aku akan kurang berhasil dalam percubaan untuk membetulkan kepincangan pada realiti hidup masyarakat yang ramai. Sebab aku hidup dalam realiti hidup seorang yang dikenali. Hidup dalam ‘bubble’ yang terpisah daripada masyarakat kebanyakan.
Macam yang aku kata tadi, I take my job seriously.
Aku mencuba untuk menggunakan medium penulisan dan karya untuk membina masyarakat. Aku perlu menghayati permasalahan umum, fikir, kaji, brainstorm dengan my close confidants, lalu menjelmakan ia dalam bentuk karya-karya. Tidak kisahlah sama ada penulisan, cerita, lukisan, atau apa-apa sahaja bentuk penyampaian. InsyaAllah, semua yang aku lakukan telah aku fikirkan baik dan buruknya.
Jadi, jika aku expose diri, maka sayanglah. Memanglah aku boleh menikmati kehidupan indah sebagai seseorang yang dikenali. Tetapi, aku juga akan hilang ‘kenikmatan’ menjiwai kehidupan orang kebanyakan. Aku akan hilang rasa struggle menjadi seorang manusia kebanyakan. Aku akan mula rasa selesa. Lalu karya-karya aku akan terpisah dengan realiti hidup. Aku yakin, kalian pun mesti tak suka aku jadi macam tu kan?
Aku tahu aku penulis muda. Masih hijau. Belum layak lagi untuk dikatakan terkenal. Aku seorang tidak cukup untuk membuat perubahan untuk kebaikan semua. Tetapi, bayangkan jika karya kita direzekikan untuk sampai ke pemimpin-pemimpin besar, dan mereka membaca karya-karya tersebut. Karya-karya itu lahir dari suara dan realiti rakyat kebanyakan. Bukankah itu satu yang baik?
Ya. Betul pendapat sahabat aku yang mula-mula tadi. Dari satu sudut pandang, hidup seseorang akan jauh lebih senang dengan menjadi terkenal. Tetapi, aku memilih yang sebaliknya demi kebaikan yang lebih besar.
Tapi.... maybe one day, aku akan langgar juga rules sendiri? Who knows.
Keep urself as a secret!! But yea your rules so anything that make you comfortable 😙
BalasPadamSaya akan terus menyokong dan memberikan kritikan membina buat anda Teme. Kun enta. Setiap dari kita punyai corak latar yang berbeza untuk di raikan. Stay true to yourself and may Allah bless!
BalasPadamyou've explained it well, teme ni kan, dalam betul awak fikir,ya?
BalasPadamBtul
PadamSangat mendalam.. Hmm..
PadamAssalamualaikum teme. Stay safe and take care! Teruskan bersinar. ✨
BalasPadamyou've explained it well, teme ni kan, dalam betul awak fikir,ya?
BalasPadamI discovered your books when I was 11, now I am 16, Even though I don't have all of your books, I kept re-reading your artworks cuz your books did change my perspective towards life. Thank you Mr. Teme for the wonderful adventure stories in your books ;). I'm looking forward to buy all of your books later :D. I wish you have a great life. Assalamualaikum..
BalasPadamTemee !!
BalasPadamPlease jangan reveal identiti sendiri, Teme :'(
BalasPadamHi teme! Don't worry, even if teme decide nak expose to public pun, kitorang akan sentiasa support teme! You know what's best for you right? Keep on writing! Can't wait for the jalanan series and empayar!
BalasPadammmg banyak kelebihan menjadi seseorang yg tak dikenali ttp ramai yg memiliki karya kita adalah satu level yg tak boleh dinafikan seronok rasa nya... Bila tgh duduk makan kat kedai pastu orng dkt meja sblh kita tgh baca karya kita auto senyum sendiri sbb orng hargai biar pun xdikenali✨ Teme always be my fav one👉🏼👈🏼
BalasPadamIt's ok kalau Teme rasa being undercover is better. Personally, it makes it easier utk Teme explore the world according to our eyes juga. Thank you for all your stories and motivational words on twitter and instagram ☺️
BalasPadamIkut sahaja keputusan yang dirasakan terbaik. Selalu support teme inshaAllah
BalasPadamSaya mendoakan teme dari jauh. Teruskan menginspirasikan orang ramai terutama sekali saya. Terima kasih. Moga Allah sahaja membalas jasa teme dengan segala kebaikkan. 🤲
BalasPadamAssalamualaikum Teme. Saya harap awak stay anonymous. Teruskan berkarya. I will always support you.
BalasPadamBest baca. Thank you teme!
BalasPadamSemoga terus berjaya dgn apa jua perkara yang dilakukan dan sentiasa dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat.
BalasPadamYes betol apa teme fikir to. Saya sebagai peminat teme pon tak galakkan teme dedah an sapa teme.. Sebab hal hal pribadi teme boleh terjejas dan terhad sebab peminat akan lebih fokus untuk tahu semua pasal teme. Cukup macam sekarang. Peminat nak tau teme buat apa dan at mana sekarang... Nanti kalau teme dedah an sapa teme. Maybe. Teme p pasar pon peminat bekerumun nak bergamba dengan teme 🤔😂
BalasPadamInspired
BalasPadamBismillah,
BalasPadamAssalamualaikum Teme,
Hi, how are you?
MashaAllah, Alhamdulillah, bila baca entry kali ni, reminds of my conversation with my ayah. I have asked him before,
"If you happen to be a famous person, what would you do?"
Ayah cakap,
"I would choose to be famous anonymously. Because, I prefer the life that I have right now, where I can mix with all kinds of people regardless who they are. Let people only know me from my name. Because the name is given by dad, the name deserves a recognition, but not me. I'm a human, I may make mistakes."
So, thank you Teme for sharing this entry with us.
Somehow,I'm glad.. this entry makes me smile.
Whatever you do, choose the right one instead of the best on. May Allah bless you and protect you, Aamiin.
Take care Teme, wherever you are.
Be safe, always.
Sekian, Wassalam.🌹
I hope in Akhirat, we would see you in face to face, Teme A.
BalasPadamdari dulu tak terlepas artikel teme sebab semuanya menginspirasikan ❣️ jaga diri
BalasPadamKeep inspiring others, teme!
BalasPadamKeep inspiring others, teme!
BalasPadamTakpa Teme, saya sokong Teme sorok identiti sebab saya pun berfikir yang sama. Tapi walau apapun keputusan Teme kami terima dan sokong In shaa Allah, all the best Teme 😊👍
BalasPadamHi teme🌹
BalasPadamYou is who you. It depends on your insecurities and your comfortable life. Sebagai fans, meminati hasil karya itu dah cukup memadai kerana penulis itu sendiri manusia yang memerlukan kebebasan kendiri
BalasPadamKeep yourself comfortable! I love your writing styles not because of who you are😊
BalasPadamCantikk
BalasPadamHeiii teme. Dont worry.. kitorg sentiasa support
BalasPadamKeep fighting teme! Goodluck untuk kedepannya. Just do what you want to do.
BalasPadamFi mardhatillah teme. :)
BalasPadamAlways wait to see you . One day , keep bring more quotes and word .
BalasPadamAlways wait to see you . One day , keep bring more quotes and word .
BalasPadamKitorg always support teme
BalasPadam❤️❤️❤️✨
BalasPadamAssalamualaikum teme. I really adored your masterpiece before I even see your spiral photo of faces 😂 So I just wanna say whatever you feel better to do just do it because only you the one who knows yourself better after Allah and your parents ❤
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamTak tgk muka pon tau hensem.
BalasPadamJangan tayang kang I tak tido malam 😜
Anyway, on serious note, stay the way you are and stick to your principles.
Stay safe and take care teme!
Teruskan berkarya!
just really want to say thankkk youu so muchhh to you bcs you reallyy do inspired me to go further!!! im here always rooting for you! B)
BalasPadamMay Allah protect you and grant you Jannah 🤍
BalasPadamAlhamdulillah. Memang kalau hidup kita melihatkan kepada sirah untuk dijadikan contoh pegangan insyaAllah kita akan terus berada dilandasan yang betul. Moga terus kekal dengan prinsip untuk terus jalan tanpa mendabik dada ke langit.
BalasPadamSalute ! ❤️
BalasPadamI love you as who you are. Whatever you do, make sure it's the best for you. Through your artworks, your journey and also your books, you've inspired and changed many people. I appreciated you then, now and also in the future as well. Keep up your spirit. Will never stop supporting you. You are one in a million. So precious!
BalasPadaminspired❤
BalasPadamIm actually tak kisah pun. Sebab i know yg teme buat sume ni bersebab. Macam yg teme tulis dlm buku buku teme. Siapa teme sebenar? Tipu la kalau taknak tahu tapi setiap orang ade privacy tersendiri. So kitaorg akan respect setiap pilihan yg teme buat. ❤️
BalasPadamTakpe! Tak perlu expose diri pun takpe! Readers sentiasa hormat keputusan Teme! ✨
BalasPadamTeme. I love this!! Just be what you wanna be. Keep life simple :)
BalasPadamIt's okay kalau benda tuh yg buat awk selesa dan happy just teruskan , we will always support you😁😁
BalasPadamIt's your life so you choose which way you want to live your life. Apa-apa pun, good job Teme.
BalasPadaminspiring
BalasPadamTeruslah menjadi Teme Abdullah 🥰
BalasPadamBe yourself .we will always support Teme.stay cool and keep moving with your carier .��
BalasPadamTeme, keep fighting.. love your blog
BalasPadaminspiring betul la teme ni. Semoga baik baik saja buat kamu teme. we will always support your karya . sebab semuanya give lot of inspiration. Thank you, teme :)
BalasPadaminspiring betul la teme ni. Semoga baik baik saja buat kamu teme. we will always support your karya . sebab semuanya give lot of inspiration. Thank you, teme :)
BalasPadamKeep inspiring us teme 😊 May Allah ease everything for you to produce more books also in dunia wa akhirah !
BalasPadamJust nak tambah, bila kita famous dikhuatiri akan lahir penyakit riyak (syirik kecil). Na'uzubillah
BalasPadamBila Teme sebut tentang penyembunyian identiti ni teringat kat Pelatih 8492 dan yg lain. Rindu semua :')
BalasPadamIn Shaa Allah, we will always support you Teme :) Semoga awak terus sukses di dunia wal akhirah.
BalasPadamKeep fighting & inspiring ! Saya suka betul baca buku2 & blog awak. Terus rasa semangat nk study bila rasa down. Thankss sangat2 !! May Allah bless you.
Btw, I think it's better if Teme just stay anonymous mcm sekarang :) But still, this is your life. Your choice. Semoga apa yg Teme buat sentiasa beri manfaat pada kita semua. We will support you :)
Be yourself, Be humble & be happy, Teme Abdullah
Hai Teme. If you see my comments, I just want you to know that your story are amazing and really touched my deepest heart. I don't know how many times I cried, angry, upset and all those feelings when I read them because I'm just like I was traveled in your story and feel all the characters by f2f. I really envy your writing. So just doing whatever you want as if you want keep your identity secret, just go ahead and I'm totally fine with it and always keep motivate us with your art/writing. Much love from your fans.
BalasPadamApa-apa pon keputusan Teme,kekal lah jadi diri sendiri. Jangan terpengaruh dengan keduniaan yang bisa buat kita alpa. Ingat Allah, Allah akan jaga kita. Insha Allah.
BalasPadamall the best teme!
Yeah, setuju itu hak saudara. Yang penting niat kita, bila niatnya betul dan caranya benar In shaa Allah akn dipermudahkan oleh Allah segala urusan. Tak boleh sangka smua org suka kita sebb lain org lain pemikiran, tapi yakinlh Allah akn sentiasa bersama hmba-hmbanya yang mengingatinya. Jika perkara yang dibuat itu ikhlas kerana Allah akn dipermudahkan, just be yourself. Teruskan usaha dan jangan mengalah, Smoga lagi banyak hati2 yg terjentik utk menerima perubahan. sorry ats celoteh yg terlebih, Good Luck Teme Abdullah.
BalasPadamWe will always support you no matter what. It doesn't matter if your identity is being kept as a secret. It's your personality and your arts that we love, not facial features, popularity, etc. Keep inspiring us with your writing and drawing masterpiece. Allahumma yuftah alaina. Fi hifzillah wa fi amanillah. Stay safe and stay healthy, Teme.
BalasPadamAssalamualaikum. Hai Teme 😊
BalasPadamSemoga Teme baik² saja. Terima kasih sebab selalu buat karya tulisan yg membuka minda masyarakat dan insyaAllah ilmu yg dikongsikan dapat dipakai sampai bila². Saya harap satu hari karya Teme akan diterbitkan untuk digunakan dalam syllabus sekolah. Saya baca karya Teme sejak tahun pertama masuk degree 😢 now saya dah tahun akhir. Doakan saya & kawan² ya.
Thank you for keep inspire people. Saya harap ada rezeki saya nak jumpa Teme. Semoga Allah jaga. Take care. Assalamualaikum 😊
Sebab teme rahsialah menjadikn dia unik.Be yourself.
BalasPadamSebab teme rahsialah menjadikn dia unik.Be yourself.
BalasPadamI hope we met and exchange opinions n stuffs someday and I can express my genuine opinion about something to you. I truly want to share something that I have for you to suit in any of your writings, about reality.
BalasPadamI hope we met and exchange opinions n stuffs someday and I can express my genuine opinion about something to you. I truly want to share something that I have for you to suit in any of your writings, about reality.
BalasPadamTeruskan dengan identiti Teme Abdullah. Simpan ruang untuk diri sendiri dan personal life okay?
BalasPadamSemoga Allah lindungi Teme Abdullah selalu. Teruskan berkarya dan melukis. Suka cara penyampaian karya Teme yg berkaitan positif input. Itu yg sebaiknya. Tentang reveal true identity or not, sebagai pembaca karya Teme,saya tak kisah kalau Teme tak reveal, sebab bergantung pada hak Teme untuk reveal or not. Semoga Teme Abdullah terus berjaya dan Allah berkati perjalanan karya Teme.
BalasPadamThere is nothing wrong or right in this question sama ada nak reveal yourself atau sorok identiti.
BalasPadamAs example seorang pembeli dan penjual.Penjual tak kenal siapa si pembeli dan pembeli tak kenal siapa si penjual but ada penjual yang jenis bagi kad dengan kata-kata positif.
Actually,saya tak pernah pun baca buku Teme ni�� tapi saya suka cara Teme bagi inspirasi dekat orang.
I just hope if one day you choose to reveal yourself,always be humble like now.Just know that pilihan Teme ni tak ada sesiapa marah Teme sama ada nak reveal atau sorok identiti��
Inspired, tapi harap sangat suatu hari nnti boleh jumpa Teme ni.
BalasPadamMasyaAllah, keep inspiring us teme, we know you can do it☺
BalasPadamSemoga Allah permudahkan segala urusan Teme, semoga Allah merahmati teme dan sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T Amin Ya Rabbalalamin..
Teme sorok muka pun dah ramai fangirls. Kalau tayang muka tak tahu lah apa jadi. Lumrah manusia, suka terlihat akan sesuatu kecantikan, lalu alpa akan pencipta kecantikan tersebut.
BalasPadamAlhamdulillah, got new ilmu today. Great content Teme. Stay awesome and humble. Keep inspiring people. May Allah ease our way to be the best one. The best version of ourselves. 🌿
BalasPadamWalaupun anda dikenali dengan nama pena dan merahsiakan wajah sendiri daripada khalayak umum, itu adalah lebih baik. Asalkan jangan Yang Maha Pencipta serta kekasihNya tidak mengenali kita, itu sangat buruk.
BalasPadamHarap-harap hari anda melanggar "rules" sendiri tu akan tiba juga nanti. :D
Hai teme!..dari sekolah rendah sampai sekolah menengah..saya merupakan pembaca setia Katya awak..tapi saya tak ada satu pun yang dapat saya simpan..saya hanya baca melalui naskhah Yang dimiliki kawan2..Gaya bahasa dalam setiap penulisan Teme sangat menarik..terima kasih kerana sentiasa buat saya berfikir setiap perkara yang berlaku..tetaplah menjadi Teme Yang rahsia..bila penulisan yang berpandukan daripada kaca mata rakyat biasa,pasti,penulisan tersebut akan lebih mudah diterima dan dihadam oleh rakyat biasa..teruskan berkarya..saya merupakan salah salah seorang rakyat biasa yang berjaya disedarkan oleh penulisan yang ikhlas ini..terima kasih Teme..doakan saya berjaya dunia akhirat.. InsyaAllah.🌹🌹🌹
BalasPadamhi ,teme !
BalasPadamsmoge dipermudahkan di dalam segala urusan.
nice words & we will support u.
🙂
BalasPadamHi Teme. saya dah baca blog awak. satu soalan je saya nak tanya. Teme Abdullah is not your real name it its?
BalasPadamkalau awak pergi jumpa orang, orang akan tanya. nama awak siapa. awak akan sebut nama lain ke?
Take care and semoga dpt menghasilkan karya² menginspirasikan semua
BalasPadamDo your best Teme. We will support u. Not just ur follower support u my family also support u
BalasPadamX pe..Yang penting Kami still dapat baca dan merasai karya-karya dari Teme.. sorok muka no problem tapi jangn sorok bakat Teme dalam hasilkan karya-karya yg beri inspirasi kepada kami✌️
BalasPadamTengok komen, I realized, your choice was the best. I mean, most of your fans are women/girl. Surely, you'll be treated differently if you show us your face. I like this Teme. The mysterious guy. Keep it that way. Keep your identity a secret. Teruskan memberi inspirasi tau Teme. Teringin nak berborak sekali tukar pendapat. Mesti best 😊 Apa pun, semoga sihat selalu. All the best, Teme! Teringin nak jumpa Teme lagi.
BalasPadamApe pun keputusan Teme. Kami sebagai followers tetap menyokong dan mendoakan yg terbaik utk Teme. Your choices is always our choices. Good luck Teme. May Allah bless u always💖
BalasPadamAssalamualaikum teme, semoga hari hari yang dilalui diberkati.
BalasPadamHYE I AM YOUR FANS! >.<
BalasPadamAalways support TEME,do your best.. 😉 semoge sentiasa dirahmati Allah.. Amin..
BalasPadamIt's okay teme. Mana2 yg teme selesa. Saya sokong.. Semoga dipermudahkan segala urusan teme. Btw ada part 2 ke article ni.. Hehe
BalasPadamAssalamualaikum. Semoga Teme sentiasa dirahmati & dilindungi Allah. Teruskan niat murni & usaha Teme dalam berkarya. Staysafe.
BalasPadamTerbaik tuan teme megikuti org2 y jiwa mereka dekat dgn allah
BalasPadamTeme bagus la buat secret identiti..hehe..best mcm ni kita x perlu nk fake klu keluar semua nk kene jaga dan hidup akan jd rimas kalau famous ni sbnrnya..org2 sekeliling pun nk cari yg ikhlas nk berkawan mmg payah..semoga terus istiqomah dlm penulisan yg bermanfaat. Suka baca penulisan teme sangat ilmiah dan dlm masa sama buat kita berfikir..semoga teme sentiasa dlm lindungan rahmat-Nya, diberikan kesihatan yg baik dan menjadi arkitek yg beriman dan bertaqwa.
BalasPadamTeme bagus la buat secret identiti..hehe..best mcm ni kita x perlu nk fake klu keluar semua nk kene jaga dan hidup akan jd rimas kalau famous ni sbnrnya..org2 sekeliling pun nk cari yg ikhlas nk berkawan mmg payah..semoga terus istiqomah dlm penulisan yg bermanfaat. Suka baca penulisan teme sangat ilmiah dan dlm masa sama buat kita berfikir..semoga teme sentiasa dlm lindungan rahmat-Nya, diberikan kesihatan yg baik dan menjadi arkitek yg beriman dan bertaqwa.
BalasPadamDo your books have an Arabic version?
BalasPadamI wish you all success..
Do your books have an Arabic version?
BalasPadamI wish you all success
It's really good to keep your identity as a secret. Some may take advantages and treat differently if they know who is the real you, of course privacy interrupted too.
BalasPadamReally admire your way and writing. Keep it up Teme! May Allah ease your journey and way where ever you are.
biar pembaca kenal melalui tulisan, teruskan berkarya untuk pembaca
BalasPadamSuka setiap hasil karya Teme
BalasPadamSuka setiap hasil karya Teme
BalasPadamBe your self teme...we always support you..
BalasPadamSalute you because you be yourself
BalasPadamSetuju tak salah pun itukan memang dah jadi prinsip seorg teme. Kte dr awl pun kenal teme dgn karya2 bkn dgn wajah teme so teruskan semangat berpegang dgn prinsip teme kte org akn sentiasa support teme.
BalasPadamGood luck bro!!! Stay safe keep on writing👍
BalasPadamI love the way you think ! Keep anynomous :) i will always support whatever you decide
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSaya salah seorang yang belum baca lagi karya² teme.Tapi disebabkan kawan asyik bercerita aje pasal teme, so saya kenal teme as someone yang misteri, penulis yang tutup muka. Tak lama tu, saya ternampak pulak tweet teme kat Twitter. Saya rasa ayat yang teme guna ni sangat lah best sampaikan saya dapat rasa yang teme tweet tu seolah-olah macam kena dengan apa yang saya lalui. So, sekarang ni saya rasa macam ishh kena baca jugak lah buku teme ni
BalasPadamyour books about STP were AMAZING !! I'm amazed with how you write and your ideas in them ! keep up the good work and will be waiting for your next novels !
BalasPadamSaya baru baca arkitek jalanan pada tahun 2017/2018 tak silap saya.. Memang setiap perkataan saya tak boleh nak langkah dan tak jemu untuk dibaca. Setiap perkataan yang ditulis, betul-betul memberi kesan pada jiwa kerana sememangnya kisah yang ditulis merupakan kisah benar daripada Teme Abdullah.. Mungkin suatu hari nanti, Teme Abdullah akan dikenali wajahnya apabila sudah membina bahtera perkahwinan bersama bakal isteri tercinta.. Insyaallah.. Hanya Allah yang mengetahui.. Selamat maju jaya buat Teme Abdullah.
BalasPadamWhy i didnt know you earlier? I will buy your books one day, Aamiin.
BalasPadamHi Teme. Saya pun salah seorang peminat Teme. Kalau saya, saya setuju je untuk Teme tak expose siapa Teme sebenarnya. Biarlah just being undercover without any publicity. Sebab kita tak tahu niat orang disekeliling kita. Kalau saya, saya sendiri pun lebih selesa untuk bekerja dibelakang tabir.
BalasPadamimpressive.
BalasPadamYour story about pelukis and arkitek jalanan were so amazing. Keep inspiring us. Your beautiful words and impressive motivations are really deep. Its really boost my self-confidence in academic and to do well. I went through hardships during study but your story really helps me a lot. Tq for remember me that dunya is just a bridge and akhirat is our destination. Semoga terus berjaya dunia akhirat. Assalamualaikum.
BalasPadamVery inspiring story, your amazing words really bring me to London eventhough I never go there. This story literally makes me sad and at the same time boost my confidence to follow the flow of the obtacles. Its really helps me to start believing myself and do the best for my academic. Pray for my success. Sy mengharapkan agar abg Teme terus menginspirasikan masyarakat. Assalamualaikum
BalasPadamYou re very inspiring Teme. All of your books are so awesome! Keeps writing & producing an awesome arts :) You will always have my support.. InshaaAllah...:)
BalasPadamI love you
BalasPadamRemind me of TEN in SHE WAS PRETTY.
BalasPadamI want be like you....
BalasPadamNak jadi macam teme jugak. Satu hari... Insya allah.
BalasPadamI like the way you like this✨❤️
BalasPadamNice to be yourself
BalasPadamHi Teme, its okay, u just be yourself okies. Jangan fikir pasal orang ke apa.. its just your face, we just love your karisma and your books! keep going okies, inshaAllah Allah permudahkan segala urusan kita, aaminn!!
BalasPadami always support youuuuu. youre my inspired
BalasPadamSaya datang dri masa depan, bila baca part ni tiba2 mengalir air mata tak tau kenapa hahahah mungkin sbb pemikiran yg sgt mendalam sampai menjentik hati kecil saya ni.
BalasPadamAssalamualaikum adik Teme, akk datang dari masa depan.Belum pernah baca satu pun buku Teme. Datang dari vtt, nak kenal n stalk siapa sebenarnya penulis ni.Semoga bintangmu terus bersinar..
BalasPadamKenapalah baru tahu karya" bro teme eh😭sejujurnya walaupun kita tak mampu lagi beli karya bro teme tapi bila dah baca blogger bro teme,baru teringat masa still study kat madrasah(2019) ada kawan yg ada buku stp (cover nampak macam buku puisi sebab kita minat buku ii puisi 🥴), tpi tak berkesempatan nk baca disebabkan banyak benda nk fokus(salah sorang student lambat pikap 🫤)tpi apa" pun saya harap one day saya mampu lah nk baca semua karya ii bro teme ")
BalasPadam