Tiada T Planner 2021


Edisi pertama T Planner pada tahun 2019 terhad kepada 11,111 cetakan. Edisi kedua T Planner pada tahun 2020 pula terhad kepada 22,222 cetakan. Alhamdulillah, kedua-duanya sold out sebelum habis seminggu tarikh pre-order. Terima kasih sangat-sangat sebab menyokong seniman tempatan yang masih hijau macam saya.

Seperti yang kalian boleh agak berdasarkan rekod di atas, edisi ketiga untuk tahun 2021 ini pastilah terhad kepada 33,333 pula bukan? Jawapannya, ya. Begitulah pada perancangan asalnya. Maka bolehlah kita berkongsi karya dengan lebih ramai lagi manusia. Lagi ramailah boleh jadi geng kita!

Tapi. Ada sesuatu berlaku. COVID-19.

Sebelum ini, saya suka sangat bila T Planner sold out. Seniman mana je yang tak suka bila karyanya menjadi rebutan dan ramai yang suka. Perasaan itu tak dapat saya gambarkan. Lagi-lagi bila saya dapat persembahkan T Planner tahun lalu kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. Ini semua hasil sokongan kalian.

Untuk edisi ketiga ini, perasaan saya berubah. Saya jadi gusar pula kalau ia sold out. Ya, saya takut ia sold out. Bukanlah berniat untuk menolak rezeki. Biar saya jelaskan.

Begini. Saya tahu ada yang betul-betul nak kumpul T Planner dari edisi pertama. Ada juga yang tangguh pemilikan sejak edisi pertama dan kedua, lalu kumpul duit untuk beli yang ketiga. Ada pula yang mungkin tak sempat beli edisi-edisi sebelum ini sebelum sold out dan betul-betul merancang untuk beli yang ketiga ini. Ada macam-macam situasi. Saya tahu itu semua rezeki bagi pihak saya sebagai pengkarya, dan sepatutnya saya gembira dan bersyukur. Saya memang gembira dan bersyukur. Tapi sebab COVID-19 ni, saya jadi risau. Saya jadi takut.

Ekonomi kita bukanlah di tahap yang terbaik. Wabak COVID-19 ini pula tidak menentu lagi kawalan penyebarannya. Banyak bandar-bandar terkemuka dunia yang perlu lockdown buat kali kedua. Situasi itu merumitkan lagi pemulihan ekonomi. Lebih mengecewakan, gelojak politik tempatan sejak akhir-akhir ini pula tidak mengisyaratkan jaminan perubahan positif pada ekonomi negara.

Ombak masih tidak berhenti menghentam. Ketinggian ombak yang bakal melanda pula masih tidak menentu. Hal ini membuatkan saya terfikir akan kewajaran kewujudan T Planner yang sepatutnya dibuka pre order bulan Oktober seperti biasa.

Kalau ia sold out sebanyak 33,333 nanti, saya akan sentiasa dibelenggu perasaan serbasalah bila fikirkan kemungkinan situasi para pembeli. Harga T Planner sebelum ini adalah sekitar RM50-RM75. Harga itu rendah sebenarnya untuk sebuah planner yang didesign dan dilukis muka surat di dalamnya. Dengan keadaan ekonomi, hala tuju, dan beberapa faktor lain... pasti, harga itu perlu dinaikkan. RM50-75 itu sudah sangat mampu milik malah murah untuk sebuah planner eksklusif. Namun, nilai itu besar bagi sesetengah orang. Yelah, dengan RM30 pun dah boleh beli 10kg beras biasa. Bolehlah bertahan lebih kurang sebulan bagi keluarga sederhana. T Planner pula bukanlah bahan asasi untuk hidup. Inikan pula jika perlu naikkan harga.

Saya takut kalau ada supporters yang bersusah-susah mengumpul duit untuk beli T Planner selama ini membuat keputusan untuk beli juga T Planner 2021 walau apa pun berlaku. Sedangkan wang yang dikumpul itu wajar disimpan untuk kemungkinan-kemungkinan yang boleh terjadi. 

Selama ini pun, saya tak pernah rasa mana-mana karya saya layak untuk pengorbanan perkara-perkara lain. Inikan pula dalam situasi sukar macam ini. Dan saya tahu followers dan supporters saya ini tak boleh dijangka. Kalau dia kata dia nak beli, dia beli. Dia tak fikir dah pasal diri dia. Hal itu buatkan saya risau.

Bukan sekali saya terbaca kenyataan seperti “Aku sanggup puasa seminggu untuk kumpul duit beli buku Teme,” “Minggu ni tanak makan luar, nak beli buku Teme,” “Tahun depan nak kumpul duit nak pastikan boleh beli T Planner,” dan kenyataan-kenyataan yang hampir serupa. Perasaan saya bercampur-baur. 

Jangan salah faham, saya hargai dan suka sangat sokongan kalian. Tapi, perasaan ‘karya aku tidak sehebat itu untuk layak dilayan sebegitu’ itu sentiasa ada. Ia satu gelojak dalaman yang perlu saya tangani sendiri. Saya selalu terfikir, “Alaa…. kalau sampai kene kumpul duit seminggu untuk beli karya aku, baik gunakan duit tu untuk makan sedap-sedap or saving. Lagi berbaloi.”

Oleh itu, saya perlu buat sesuatu untuk ‘paksa’ kalian fikirkan diri sendiri dahulu sebelum fikirkan untuk menyokong hasil seni saya.

Lalu, mulanya saya terfikir untuk kurangkan had cetakan.

Saya terlintas untuk kurangkan had secara mendadak. Yang dirancang ialah 33,333. Tetapi, saya akan kurangkan daripada cetakan sebelumnya. Kurang daripada 22,222. Malah, kurang separuh daripada yang dirancang. Untuk edisi ketiga ni, saya terfikir untuk jadikan ia limited kepada 10,000 cetakan sahaja. Bermakna, ia kurang sepertiga daripada yang sepatutnya. Malah kurang daripada cetakan pertama iaitu 11,111.

Why?

Since we are all picking up the pieces after a few very challenging months, I hope this decision help my followers in prioritising what’s more important for them. Dengan cara mengurangkan had cetakan, maknanya yang sempat masuk dalam 10,000 pembeli itu ialah mereka-mereka yang betul-betul nak sahaja. Kalau ada yang beli semata-mata nak support saya pun, jumlahnya tak ramai. Saya tidaklah rasa seteruk dan serisau jika ia terjual sebanyak 33,333.

Tapi, saya tak boleh utamakan kerisauan dan ketenangan hati saya sahaja. Bagaimana jika ada yang betul-betul nak dan mampu, tapi tak sempat beli sebab limit sikit sangat? Ada yang betul-betul nak kumpul T Planner. Jadi, tindakan mengurangkan had cetakan hanya akan membuatkan mereka tak gembira. That’s the last thing I want to do as an artist to my supporters.

T Planner ini bersifat terhad. Hal itu mungkin boleh menggembirakan sesiapa yang berjaya berebut untuk mendapatkannya. Boleh jadi collectable item. Ia sepatutnya boleh jadi satu persaingan yang menyeronokkan: siapa cepat, dia sempat beli. Tetapi kalau saya buka juga jualan pada tahun ini, hanya supporters saya yang betul-betul senang sahaja yang dapat miliki. Itu tidak adil. Ibarat membuka pertandingan lumba lari dalam keadaan tak semua peserta sihat.

Nampaknya, mengurangkan had kepada 10,000 bukanlah option yang terbaik juga.

Lalu saya terfikir untuk batalkan T Planner untuk tahun 2021.

Tapi, kalau saya nak tangguhkan terus T Planner edisi ketiga ni kepada tahun lain, saya perlu fikirkan orang lain juga. Mungkin saya tak kisah tidak mendapat pendapatan hasil titik peluh penghasilan T Planner. Tetapi bagaimana pula dengan pihak lain?

Bukan saya sorang je yang mendapat kebaikan daripada T Planner. Saya perlu fikirkan juga pihak penerbit, pencetak, penghantar, dan macam-macam lagi pihak yang mendapat rezeki keuntungan juga daripada T Planner ni. Tidakkah penangguhan edisi ketiga T Planner ini menzalimi mereka?

Saya berfikir.

Berfikir.

Berfikir.

Ada juga saya buat poll tanya pendapat di twitter.


Saya baca sebanyak mungkin respons. Stalk sebanyak mungkin supporters & kenal pasti keadaan masing-masing.

Kemudian sambung berfikir.

Berfikir.

Berfikir lagi.

Dan lagi.

Istikarah memohon petunjuk.

Lalu Allah mudahkan saya untuk kurang berat hati untuk memutuskan…

T Planner edisi ketiga akan ditangguhkan.

Maknanya, seperti tajuk post ni, takkan ada T Planner bagi tahun 2021. Maka, tiadalah pre-order T Planner pada bulan Oktober tahun ini.

InsyaAllah ia keputusan yang paling kurang menyusahkan dan kurang menyakitkan hati orang. Saya tahu, mungkin akan ada yang kecewa. Saya mintak maaf sebab tak berjaya gembirakan semua.

Dengan keputusan ini, bila tiba tahun T Planner boleh disambung semula kelak, insyaAllah ia boleh diraikan dengan seronok tanpa kerisauan-kerisauan macam sekarang. Dan pada masa itu, mungkin keadaan dunia akan jauh lebih baik daripada sekarang. Aminnn.

Dengan keputusan ini juga, pihak Teme Abdullah sendiri dan semua pihak yang terlibat dalam penghasilan T Planner ini boleh merancang sesuatu yang lebih baik. Mengkaji dan menambah baik usaha untuk menggembirakan ramai orang bila T Planner sudah kembali sedia untuk sambung cetakan semula. Memperbaiki segala kekurangan dalam menyampaikan hasil seni yang terbaik. InsyaAllah.

Kita rehat dulu lah ye tahun ni? Saya masih menulis. Tiada niat lagi untuk berhenti. Alhamdulillah, Allah masih turunkan ilham yang mencurah. Even ada yang dah siap dah pun. Cuma belum sampai masa yang sesuai untuk dipublish. InsyaAllah, tahun depan akan ada juga buku baru. Hanya planner je yang perlu berehat seketika.

Haih… Serbasalah rasa.

One day, bila saya rasakan sudah tiba masa yang sesuai untuk kembali menyambung T Planner, insyaAllah saya akan umumkan pada kalian ok? Again, I’m sorry :(


Follow this instagram (temeabdullah) for future updates regarding products by Teme Abdullah including T Planner. Related info: T Planner

85 ulasan:

  1. It's okayy bro. Kami faham situasi ni. Thank you for understanding, sometimes kita kena berfikir jauh and create a better plan.

    BalasPadam
  2. Hi Teme, tak apa Teme. Jangan terlalu risau. Setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Terima Kasih Teme untuk sepanjang karya yang Teme dah terbitkan. Jaga diri 😊

    BalasPadam
  3. Hi Teme, tak apa Teme. Jangan terlalu risau. Setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Terima Kasih Teme untuk sepanjang karya yang Teme dah terbitkan. Jaga diri 😊

    BalasPadam
  4. Sokay teme!!! Have a nice day okiii ❤️❤️ saya tunggu tplanner akan datang :)

    BalasPadam
  5. Terima kasih teme. Teme lah satu satunya writer yang fikirkan pasal supporters dia.

    Terima kasih lagi sekali sebab saya baru kehilangan kerja dan sekarang tengah berjinak-jinak dalam business kecil-kecilan. Belum cukup modal kalau nak beli T Planner tahun ni.

    Lagi sekali saya ucapkan terima kasih sangat sebab memahami situasi kami semua.

    Semoga teme sentiasa dimurahkan rezeki dah dipermudahkan segala urusan.

    Saya akan selalu support teme. InsyaAllah sampai bila2☺️

    Harapnya sempat kumpul duit untuk beli buku2 teme tahun depan☺️

    Doakan business kecil saya berkembamg maju ye teme.

    Terima kasih

    #teamsupportteme
    -SNA-

    BalasPadam
  6. takpe teme.apa-apa pon kami support karya dan keputusan awak.thank you for the thought.harap kita jumpa lagi dalam karya seterusnya.πŸ˜†

    BalasPadam
  7. Dr dulu tringin nak beli t planner ni, tpi nk beli tuk org lain dsbbkn diri sndiri tak brpa mahir nak guna planner,.. Walau apa pun, kat skolah slalu usha org yg beli planner, kdg jeles jgak.. Hahahhaaha..

    Apa pun, smoga maju jayaa teme, sntiasa brikan kami smangat okei..

    BalasPadam
  8. Ok teme.. Moga yang terbaik buat semua..

    P/s: nak kumpul duit dari sekarang.. πŸ˜…πŸ€­πŸ€­πŸ€­

    BalasPadam
  9. Walaupun sedihhh but its okay! :) I will always support Teme and your karya❤

    BalasPadam
  10. Masyaa allah teme abdullah, this is a very good step. Demi adil kepada semua peminat karya teme. Barakallah. Terima kasih teme. Allah loves you, the whole universe love you. Insyaa allah. Stay safe.

    BalasPadam
  11. Takpe teme. Walau apa pun, saya tetap sokong teme utk setiap karya yg teme sudah dan bakal keluarkan. Still love you and your karya or course hahaha goodluck for future. Be the best for yourself

    BalasPadam
  12. You're such a good writer
    U're doing great
    Really adore u
    Keep being you
    Keep doing what u love
    Keep writing
    May Allah bless you always

    BalasPadam
  13. Walaupun sedihhh but its okay! :) i will always give my full support for teme❤

    BalasPadam
  14. Takpe teme. Walau apa pun, saya tetap sokong teme utk setiap karya yg teme sudah dan bakal keluarkan. Still love you and your karya or course hahaha goodluck for future. Be the best for yourself

    BalasPadam
  15. Terbaik... Insyaallah dipermudahkan urusan teme

    BalasPadam
  16. You have such a good heart Teme ❤ Its okay. Thank you for your consideration. We'll keep supporting you

    BalasPadam
  17. Thank you for being considerate :)
    Semoga dengan itu akan mengundang lebih banyak lagi rahmat dari Tuhan dan kasih sayang dari sekalian makhluk-Nya.
    Terima kasih atas kesemua karya anda!

    BalasPadam
  18. You have such a good heart Teme ❤ Its okay. Thank you for your consideration. We'll keep supporting you

    BalasPadam
  19. its sokayyy, thankyouuu a lot teme !! i would keep supporting youu πŸ’˜

    BalasPadam
  20. Its okay Teme. We will always support you. Thank you Teme. Akan sentiasa menunggu karya2 dari Teme Abdullah. May Allah bless you always. 🌹

    BalasPadam
  21. Quite upset but i will eat a lot with the money that i collect heheheh . ❤πŸ₯°

    BalasPadam
  22. Terima kasih sangat2 Teme fikirkan supporters Teme dan sangat memahami keadaan kami semua.

    Saya pun antara yg kumpul duit untuk beli T-Planner yg ketiga hehehe.. tapi disebabkan ada beberapa masalah mungkin saya pun tak dapat beli T-Planner ni lagi sekali..

    Terharu sgt sbb Teme sentiasa fikirkan supporters Teme. Jangan rasa serba salah, kami faham. Dan akan tunggu the next T-Planner. InsyaaAllah. Semoga Allah angkat wabak covid-19 ni amin.

    Have a nice day n take care TEME! ⭐��

    BalasPadam
  23. 😭😭😭😭😭😭😭 even sedih sgt sbb mmg tertunggu2 planner teme ni tiap tahun, tapi fahammmmmm sgt knp teme buat mcm ni, betullah, kita plan mcm mne pon, Allah is the Best planner after all 🌸 tak sabar nk baca your next book! Keep inspiring us teme 😊🌼

    BalasPadam
  24. 😭😭😭😭😭😭😭 even sedih sgt sbb mmg tertunggu2 planner teme ni tiap tahun, tapi fahammmmmm sgt knp teme buat mcm ni, betullah, kita plan mcm mne pon, Allah is the Best planner after all 🌸 tak sabar nk baca your next book! Keep inspiring us teme 😊🌼

    BalasPadam
  25. I love your attitude Teme. Selalu fikir kan pasal pembeli, sebab tu org terlalu hargai karya awak. Terima kasih dan jumpa lagi dalam TPlanner yg akan datang, saya setia menunggu ❤️

    BalasPadam
  26. Kagum πŸ’ͺ Tahniah! Tidak mudah menjumpai individu yang mampu membuat keputusan seikhlas dan 'seberani' ini. Didoakan Allah memberi ganjaran di dunia dan akhirat di atas setiap usaha bagi mencari keputusan yang terbaik bagi setiap tindakan. Amin.

    BalasPadam
  27. Terima kasih Teme. Semoga Allah permudahkan semua urusan Teme dalam berkarya & kerjaya. May Allah bless you and everyone. ;)

    BalasPadam
  28. To me, it's ok Teme. Timing is everything. <3
    I can't wait for your new book. Yay.
    May Allah ease our way and guide every step of the way. Aamiin.

    BalasPadam
  29. Thanks teme , i really hope nak dapatkan u punya planner edisi ke 3, , jujur dari hati i tak kumpul u punya planner edisi 1 & 2 atas faktor i perlu dahulu kan duit untuk perkara yang lebih utama, seronok tengok u planner cantik and sold out, tapi i tanamkan dalam Hati in shaa allah ada rezeki lebih nanti one day i beli planner u even i know one day tak tahu bila.. I doakan u moga i teruskan berkarya dan sentiasa dalam jagaan-NYA

    BalasPadam
  30. ❤️❤️❤️❤️

    BalasPadam
  31. Tidak mengapa teme, inshaallah jika ada rezeki pada masa akan datang — Allah permudahkan. Allah Maha Baik, inshaallah segala usaha, fikiran teme semua itu adalah yg terbaik. Allah mengetahui apa yg tidak kita ketahui inshaallah.

    BalasPadam
  32. itss okayy temeee !!! cant wait foy your another masterpiecesss . may Allah ease everythingg !!

    BalasPadam
  33. Teme you're the best, pikirkan supporters,fan teme macam latif πŸ₯Ί

    BalasPadam
  34. Saya betul2 kagum dengan pendirian Teme... Dalam apa jua keadaan akan sentiasa fikirkan tentang peminat dan penyokong dia. Penghasilan karya yang bukan semata mata kerana keuntungan tetapi kerana peminat, untuk menghargai peminat. Tahniah Teme.
    Saya bukanlah antara orang2 yang terawal mengetahui kewujudan Teme. Tapi saya betul betul mengagumi karya2 Teme baik dari segi lukisan mahupun penulisan.

    Semoga Teme terus berkarya dan menjadi inspirasi buat semua.
    Dan akhir sekali walau apa pun kesukaran yang berlaku Allah sentiasa bersama awak, Teme.

    BalasPadam
  35. Thank you Teme for understanding and choose not to be selfish. In shaa Allah selagi mampu saya akan support karya-karya Teme

    BalasPadam
  36. Assalamualaikum teme. Its okay. Kami tetap sokong apapun yang berlaku, demi kebaikan bersama.. Take care and we love you.

    Love from Kota Kinabalu Sabah. πŸ’•

    BalasPadam
  37. Thank you Teme, May Allah ease you. Boleh la slow² kumpul duit utk buku akan dtg.

    BalasPadam
  38. It's okay, Teme. We'll still support you and your arts no matter what. May Allah bless you always ❤️

    BalasPadam
  39. Ni first time tulis kat blog.. And kat blog teme pulak tu..
    Saya rasa x salah klu teme nak x kluarkan and waktu pandemik ni.. Maybe teme rasa yg teme perlu tangguhakn.. Saya hormat pandangan teme..

    Hope akan dtg bila dunia semakin baik.. Teme kluarkan buku lagi.. Saya seorg pelajar.. Pekerja dan akauntan sgt merasakan buku teme banyak membantu dan memudahkan urusan saya dlm mengatur jadual dan membuat nota serta melakar apa2 shj.. Mmg sgt memudahkan.. Selalunya saya print sendiri shj planner.. Bukan sbb nak berjimat.. Tapi planner teme simple and cantik.. Dan saya org yg sgt cerewet klu nak tulis.. Bila buku trlalu warna warni.. Tulisn jadi x cantik.. And menyebabkan saya tak jadi nak tulis.. Akhirnya membazir sbb last2 kne print juga ikut sesuai dgn jiwa saya.. Tapi buku teme satu2 nya buku yg paling penuh.. Semua saya buat..

    Pada siri kedua buku t planner ni saya juga turut menghadiahkannya pd sahabat baik saya dan sahabat baik saya juga menyatakan ianya sgt membantu..

    Saya harap.. Teme baca komen ni dah berharap yg hasil teme ni bukannya sia2.. Malah memberi manfaat pd org lain..

    BalasPadam
  40. Semoga Teme terus sukses dalam berkarya dan dipermudahkan urusan seharianπŸ’•

    BalasPadam
  41. Faham sangat2 lagi dgn situasi sekarang
    But it’s ok we still support your ‘karya’ ❤️❤️❤️

    BalasPadam
  42. Thank you for understanding us so much. Eventhough I dont have money, I will try hard to find money to buy Teme's collection but as for now, finding money is a really really hard time. So I feel thank you so much to you. And will always support your collection.

    BalasPadam
  43. Rezeki Allah itu luas. Insha Allah ada rezeki di tahun yang lain. Terima kasih teme ☺️

    BalasPadam
  44. Mindful as always. May Allah bless πŸ™‚

    BalasPadam
  45. Assalamualaikum Teme,

    Alhamdulillah thank you so much for writung this entry for us.

    It's okay, whatever decision you've made.. we all know.. InshaaAllah it would be for the best for all of us. Don't worry too much. We're proud of you.

    And thank you Teme for understanding some of our difficult conditions especially due to this Covid-19 Pandemic.

    May Allah bless you always.
    Take care okay,
    Be safe, wherever you are.

    Sekian, wassalam.

    BalasPadam
  46. Hi teme! It's okay! Walaupun agak sedih cause i really really really really really looking forward untuk berperang beli Tplanner 3rd edition nanti. But it's okay, teme. Thank you for your thoughts jugak teme. You are such a humble person. Always be you. Semoga Allah lindungi Teme Abdullah ♡

    BalasPadam
  47. Worry not Teme, we always wait for you :) Take care wherever you are!

    BalasPadam
  48. Bagusnye cara dia pk. Aku bkn peminat dia... Tapi Allah rezeki kan aku terbaca coretan dia ni.. Tak semua org ada hati mcm ni bro. Kipidap. Semoga bnyak doa yg baik2 utk kamu dri supporter dan juga peminat²....

    Ehhhhhh x leh move on. Ada eh manusia pk mcm dia nih.. Hahahahaha...

    BalasPadam
  49. Bagusnye cara dia pk. Aku bkn peminat dia... Tapi Allah rezeki kan aku terbaca coretan dia ni.. Tak semua org ada hati mcm ni bro. Kipidap. Semoga bnyak doa yg baik2 utk kamu dri supporter dan juga peminat²....

    Ehhhhhh x leh move on. Ada eh manusia pk mcm dia nih.. Hahahahaha...

    BalasPadam
  50. Apa pun keputusan nya. Always support Teme πŸ’ͺ🏼 inshaallah ini yang terbaik untuk semua.

    BalasPadam
  51. Apa pun keputusan nya. Always support Teme πŸ’ͺ🏼 inshaallah ini yang terbaik untuk semua.

    BalasPadam
  52. In Shaa Allah....semoga terus brkarya....

    BalasPadam
  53. Its okay, dan memang betul kata teme, tahun ni ramai terkesan. Termasuklah saya yang diberhentikan kerja dalam tempoh pkp. Saya sendiri sudah kumpul 2 T planner sebelum ni dan betul juga kata Teme sekali lagi, untuk T Planner tahun hadapan jika diadakan jugak, saya tak kan mampu beli lagi. Terima kasih Teme kerana memahami, terima kasih untuk karya T Planner ini

    BalasPadam
  54. It's okay lah,sabar menanti.Semoga 'Teme' dapat terus berkarya.saya suka membaca pun sbb buku temeπŸ€—

    BalasPadam
  55. Sokayy. We will always support you πŸ’œπŸ’œπŸ’œ

    BalasPadam
  56. Its okay Teme. Sedih,tapi mungkin itu yang terbaik. Thank you Teme, good luck & terus sebarkan kebaikan untuk semuaa. Will always support you!

    BalasPadam
  57. its okay bro follow your heart and have faith especially when things are so unsure

    BalasPadam
  58. Allah blessed you. Thank you again for inspiring me through ‘this way’ 🀍 I wish I can meet you in person one day ✨

    BalasPadam
  59. Terima kasih Teme sebab jadi pengkarya yang mencuba sehabis baik untuk fahami penyokong.
    Betul sangat apa Teme cakap part “Kena beli juga.” Sebab benda limited kan, tetap akan usaha juga utk beli walaupun duit pun tengah limited.
    Walaupun diri ini bukanlah sukar nak berbelanja, tapi cara Teme fikir untuk setiap lapisan penyokong tu, ya Allah terharunya.
    Barakallahu fik ya Akhi.

    Moga Allah balas semuanya,
    Teme, nak request special birthday card untuk 15/9 ni boleh? Hehe
    Kalau tak boleh, doakan Maisarah berjaya membahagiakan umi ayah dan adik-adik sampai syurgaNya🀍

    BalasPadam
  60. Assalamualaikum teme, it's okay about t planner 2021.. we'll support you as well.. never give up dalam berkarya. Semoga dipermudahkan segalanya

    BalasPadam
  61. It's okay... kami akan sentiasa support Teme :)

    BalasPadam
  62. Kami sentiasa berada di belakang Teme. Man propose, God dispose.. sukar nak jumpa seseorang yang meletakkan kebajikan semua pihak dalam membuat keputusan. You are one of the kindest person I've ever know. Sayang Teme.

    BalasPadam
  63. Saya duk sini dan nampak komen kawan saya.. hihi okay je teme, kawan saya tu mmg supporter teme,.mesti dia faham.. hihu

    BalasPadam
  64. teme, knowing u through social media, you are really someone yg put others before yourself. you are a real artist that choose people that appreciate the quality your art. not a bussinessman that think about profit over everything. Orang macam awak tak ramai, tetapi wujud. πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

    BalasPadam
  65. Hi Teme.. its okayy utk decision ni, apa2 pon take care ya

    BalasPadam
  66. Assalamualaikum teme..tak apa teme jgn risau..kami faham dgn situasi skrg ni dan harap sangat2 teme teruskanla berkarya tak sabar nak baca buku karya teme yg baru nanti..fighting!!!

    BalasPadam
  67. Thanks Teme kerana sentiasa memikirkan keadaan kami as your supporter or customer �� semoga syurga buatmu

    BalasPadam
  68. It's ok...maybe orng yg nak beli buku teme tu bkn semuanya senang and i felt u😊

    BalasPadam
  69. Kadang2 rasa Teme ni lah author yang paling considerate, selalu fikirkan tentang orang lain, supporters dia dari dulu sampai sekarang. Im so proud of you Teme! :)) Yeah, mungkin tu keputusan yang baik, harapnya begitulah. Apa2 pun, semoga Allah sentiasa permudahkan urusan Teme & terima kasih Teme sebab tetap berkarya untuk kami! <3

    BalasPadam
  70. Thank you Teme for your deep thought, tak sabar nak tunggu Teme publish Empayar 3

    BalasPadam
  71. We can wait! Hihi itsokay teme

    BalasPadam
  72. ❤️πŸ₯ΊπŸ₯Ί thankk you Teme

    BalasPadam
  73. No words can describe my feeling when I read all your words, thankyou teme!stay safe!

    BalasPadam
  74. Thanks Teme kerana sentiasa memikirkan supporters. Saya sentiasa menyokong Teme dan akan terus sabar menunggu karya2 Teme. Take care.

    BalasPadam
  75. Tak berpeluang miliki t planner edisi pertama & kedua. Ehh takpa, will still support u. Keep inspiring people Teme :)

    BalasPadam
  76. Takpe teme, utuk masa sekarang kita banyakkan berdoa semoga covid cepat reda boleh kita berjumpa di next edition of t planner okay? Stay safe!

    BalasPadam
  77. Thank you for being a considerate person and for all your deep thoughts. You are such a good creature that has been created for us. May Allah ease your life and bless you.

    BalasPadam
  78. Awww :’) It’s okay, Teme. Jangan risau sangat, kami memahami tindakan Teme. Segala yang berlaku ada hikmahnya. Terima kasih Teme kerana berusaha untuk berlaku adil dan memahami semua pihak. Bukan senang. Terharu kami. Kami tetap sokong ya!

    Jaga diri Teme, semoga Teme dan keluarga sihat walafiat.

    BalasPadam
  79. Alah buat jelah teme last year mmg x sempat beli sebab kejar sgt planner starbucks end up tak best pun beli t planner teme. Baru nak bersaing dgn yg lain jadi 10k terawal. 😒

    BalasPadam
  80. It's okay Teme. We all know macam mana keadaan sekarang. Not all the supporters can survive theirself in this Covid-19 situation. We'll wait for your next announcement tau! Bye!

    BalasPadam
  81. It's okay,Teme. We all know macam mana keadaan sekarang. Not all the supporters can survive theirself well in this Covid-19 situation. So we'll wait for your next announcement okay? Bye!

    BalasPadam
  82. It's okay,Teme. We all know macam mana keadaan sekarang. Not all the supporters can survive theirself well in this Covid-19 situation. So we'll wait for your next announcement okay? Bye!

    BalasPadam
  83. It's okay,Teme. We all know macam mana keadaan sekarang. Not all the supporters can survive theirself well in this Covid-19 situation. So we'll wait for your next announcement okay? Bye!

    BalasPadam

Hai. It's me, Teme. I'm sorry if you have to go through word verification before posting comment(s). I received tonnes of spam comments lately. I had to turn the word verification on πŸ˜•. Jangan jemu untuk komen tau!