Konspirasi Yahudi dalam Rahsia Danny



Saya ingin mulakan dengan jutaan terima kasih untuk jualan hangat dan rating yang sangat tinggi buat Rahsia Danny. Saya benar-benar terhutang budi dengan kalian. Setakat ini, rating Rahsia Danny lebih tinggi daripada Bayang Sofea!

Memang saya tak akan berhenti berterima kasih. Sambutan yang kalian berikan, lebih daripada apa yang saya layak. Jadi walaupun saya ulang dan ulang dan ulang berterima kasih dalam banyak posting saya pun, ia takkan pernah cukup.

But that's the least I can do selain daripada berjanji untuk tidak sia-siakan sokongan kalian, insyaAllah.

Jujur, sambutan luar biasa terhadap novel terdahulu saya iaitu Bayang Sofea telah buatkan saya banyak risau untuk menulis sambungannya iaitu Rahsia Danny ni. Saya bimbang ia tidak memuaskan seperti apa yang kalian harapkan, at least setara dengan Bayang Sofea.

Alhamdulillah, saya sangat lega baca review kalian! Rasa hilang segala susah payah menulis Rahsia Danny lepas baca feedback-feedback kalian!

Tapi jujur, sejak review pertama berkaitan Rahsia Danny sehinggalah sekarang, saya masih berdebar-debar baca ulasan-ulasan kalian hahaha. Terima kasih semuaaa!

Semua yang baik dan hebat itu pinjaman dari Allah.

Gambar rating dan review setakat Ogos 2025.


Okay berbalik kepada tujuan utama artikel ini.

Mesej dalam Rahsia Danny


Saya perasan, ramai pembaca bijak berteori akan mesej tersurat dan tersirat dalam Rahsia Danny. Ada yang betul-betul mengena dengan niat saya, ada juga yang jauh lebih hebat! Syabas semua! Saya bangga baca teori-teori kalian! Bijak-bijak semuanya!

Saya minta maaf, saya tidak mampu untuk ulas semua isu dan mesej yang kalian perasan daripada penulisan saya. Kali ini, saya akan bahaskan salah satu topik induk yang diketengahkan dalam Rahsia Danny.

Sebelum saya kupas lanjut, saya akan mulakan dengan kenyataan berterus terang agar tidak ada lagi teka-teki.

Rahsia Danny adalah salah satu suara kecil minda saya yang cuba menterjemahkan apa yang berlaku dalam dunia sekarang melalui persembahan cerita dongeng. Jujur, isu Palestin-Israel sangat mempengaruhi saya. Dan novel Rahsia Danny mendapat banyak tempiasnya.

Isu yang saya utarakan dalam novel kali ini, seputar dengan persoalan-persoalan yang berlegar dalam kalangan masyarakat umum berkaitan kezaliman sistematik yang berlangsung sejak puluhan tahun ini.

Bagaimana boleh satu pihak ditindas sebegitu rupa tanpa ada mana-mana kuasa besar pun yang berani mengambil tindakan? Bagaimana boleh wujud segolongan manusia yang merampas tanah orang lain secara terang-terangan lalu dibenarkan pula untuk mempertahankan hasil rompakan tersebut? Bagaimana boleh begitu mudah sesebelah pihak itu diizinkan membunuh wanita dan kanak-kanak, hanya dengan sebuah berita palsu tentang bayi yang diletakkan dalam ketuhar? Bagaimana boleh sebuah negara dibekalkan senjata dalam keadaan badan-badan rasmi dunia telah mengesahkan yang negara tersebut melakukan penghapusan etnik, pembantaian, menggunakan senjata terlarang, melanggar bermacam-macam garis panduan, dan bermacam-macam lagi kerosakan yang dahsyat?

Mengapa kuasa dunia, kuasa barat terutamanya, boleh bertindak seolah-olah mereka yang berlaku zalim itu pula yang selayaknya dikasihani dan dibenarkan untuk menganggap diri mereka pula yang teraniaya?

Seolah-olah ada berat sebelah yang jelas kepada negara haram Israel. Atau kita yang kurang faham situasi sebenar?

Tetapi sanubari kita tetap kuat mengatakan ia berat sebelah yang nyata walaupun kita cuba menipu diri dengan melogikkan apa yang berlaku.

Tetapi mengapa berat sebelah?

‘Letupan yang digunakan ke atas Gaza sudah bersamaan 6 bom nuklear di Hiroshima.’
- Diringkaskan daripada kenyataan Profesor Emeritus Paul Rogers (University of Bradford, UK) berkaitan serangan negara haram Israel ke atas Gaza dalam tempoh hanya beberapa bulan setelah 7 Oktober 2023.

Jika ada negara lain yang melakukan pengeboman menghampiri persamaan 1 bom nuklear pun, pasti, kuasa dunia akan bingkas masuk campur. Inikan pula 6 bom nuklear. Ini bukan setakat tidak menghentikan, malah menyalurkan lebih banyak senjata pemusnah pula. Tidak masuk akal.

Kita semua boleh nampak ketidakadilan yang sama berlaku dalam konflik Iran-Israel. Mengapa satu pihak boleh mengelat peraturan dunia lalu memiliki nuklear, sedangkan satu pihak lagi boleh terus diserang (malah berkali-kali diserang) hanya dengan ‘khabar angin’ yang mereka punyai nuklear?

Lebih dahsyat, USA terus turut serta bertindak mengebom fasiliti negara yang dimaksudkan, sanggup mengisytiharkan perang ke atas negara lain semata-mata ingin mempertahankan negara haram Israel.


Apa yang terlalu istimewa dengan Israel? Adakah kerana kedudukannya yang strategik sebagai sekutu USA di Timur Tengah semata-mata?

Lebih dahsyat lagi, apabila International Criminal Court (ICC) sendiri mengeluarkan waran tangkap buat perdana menteri negara haram Israel, tiada tindakan pun daripada kuasa dunia.

Mengapa tiada mana-mana negara besar yang mengaku ‘polis dunia’ selama ini menerjah dan menangkap perdana menteri Israel tersebut?

Ada apa dengan Israel? Apa yang Israel ada sehingga mereka dibela sebegitu rupa oleh kuasa barat?

Kuasa besar dunia seolah-olah membutakan mata, memekakkan telinga. Atau, mereka takutkan sesuatu? Atau, ada sesuatu yang mereka ‘imani’ yang kita tidak tahu? Atau gabungan kesemuanya?

Atau...?

Maka daripada cebisan persoalan-persoalan tersebut, lahirlah sebuah naskhah dongeng dystopian utopia oleh saya, Rahsia Danny.

Puak pelampau agama.


Ekstremis, atau puak pelampau wujud dalam macam-macam agama. Namun hakikat yang harus kita terima, kita terlalu sering disajikan dengan cerita berkaitan puak pelampau agama Islam. Baik filem, buku, dokumentari, mahupun cerita-cerita fiksyen.

Menolak bias terhadap agama sendiri, saya sendiri pun tidak terkecuali dalam mengetengahkan topik puak pelampau agama Islam yang tersesat daripada ajaran Islam sebenar dalam buku-buku saya yang sebelum ini.

Sejak buku pertama saya lagi (Pelukis Jalanan), saya tidak menyembunyikan sifat saya yang kritikal dan defensif terhadap puak yang menggunakan agama Islam untuk keuntungan peribadi.

Yang pernah membaca buku Empayar pula, akan nampak yang saya mula melangkah lebih dengan menjelmakan contoh watak-watak penunggang agama dan pelampau agama sebagai sebuah cerita dongeng berpengajaran.


Kali ini, saya tulis pula tentang puak pelampau daripada agama dan bangsa lain. Kali ini, saya menulis pula cerita fiksyen tentang puak pelampau daripada fahaman agama dan bangsa Yahudi.


Pemberitahuan & peringatan: Rahsia Danny merupakan cerita rekaan.

Latar tempat dan masa



Sebelum saya mengulas lanjut, wajarlah kita berbual tentang latar tempat dalam novel Rahsia Danny (yang juga sama dengan novel sebelumnya dalam dwilogi ini iaitu Bayang Sofea).

Rahsia Danny berlaku di Kepulauan Melayu Nusantara yang bersatu membentuk sebuah kesatuan negara besar, Nusaraya.

Kesatuan ini membentuk blok yang mempunyai suara yang signifikan dalam politik dan ekonomi dunia. Dalam Rahsia Danny (dan Bayang Sofea), peranan Asia Tenggara adalah antara yang terpenting dalam dunia. Dan hakikat ini menarik perhatian pihak-pihak tertentu untuk cuba mengawal pucuk pimpinan Nusaraya.

Di manakah titik berlakunya Nusaraya dalam garis masa?

Adakah kesatuan ini berlaku pada masa hadapan? Tidak salah. Namun, boleh jadi juga ia berlaku dalam garis masa yang sama dengan sekarang, dalam parallel universe atau alam alternatif. Berlaku dalam realiti yang mana negara-negara di Asia Tenggara tidak terus berpecah-belah menurut susunan telunjuk penjajah dan bersatu menjadi satu gabungan kuasa Kepulauan Melayu dan Nusantara yang utuh di persada dunia.

The Builders



The Builders merupakan organisasi misteri, gerakan bawah tanah yang secara terperinci diceritakan dalam novel Rahsia Danny.

Puak ini merupakan golongan ekstremis Yahudi. Mereka percaya, hanya bangsa Yahudi sahaja yang layak berkuasa dan sepatutnya memerintah dunia. Maka gerakan ini wujud untuk menjayakan agenda ekstremis Yahudi tersebut.

Dalam novel Rahsia Danny, gerakan ini berusaha untuk menguasai Nusaraya.

Piramid hierarki The Builders di sesuatu kawasan jajahan.


The Builders ini merupakan organisasi rahsia yang didanai oleh agensi risikan negara haram Yahudi dalam dunia novel Rahsia Danny.

Gerakan rahsia ini merekrut bakat-bakat besar dari seluruh pelosok dunia untuk menjadi aset mereka. Dengan bantuan mistik, jaringan hubungan bawah tanah, kuasa, dan pengaruh yang mereka ada, mereka boleh menawarkan kejayaan buat sesiapa sahaja yang rela untuk ‘menjual jiwa’ kepada mereka.

Imej janaan AI.

Ramai yang sudah terperangkap untuk menerima bantuan daripada The Builders demi kepentingan diri masing-masing. Artis, atlet, ahli akademik, professional, ahli politik, hakim, kerabat raja, malah orang-orang agama juga tidak terkecuali.

Rekrut-rekrut The Builders terdiri daripada tokoh-tokoh dari segenap bidang. Mereka ini akhirnya akan digunakan oleh The Builders untuk menggerakkan agenda ekstremis Yahudi untuk menguasai sesebuah negara, seterusnya menguasai dunia.


Dalam Rahsia Danny, Danish Coelho Bin Ilyas atau lebih dikenali sebagai Danny telah bersetuju memperdagangkan jiwanya dengan The Builders. Danny telah melakukan ritual pertukaran jiwa dengan The Builders untuk menjadi ahli tinju berjaya.

Pengorbanan apakah yang Danny lakukan untuk meraih semua kejayaan itu merupakan salah satu rahsia yang disimpan Danny.

Ada kalanya, The Builders menyamar sebagai NGO yang kononnya beragenda progresif, lalu memberi sumbangan dana dan sokongan politik buat ahli-ahli politik bagi memenangi pilihanraya dan mendapat kuasa. Seterusnya, mereka akan gunakan boneka-boneka ini untuk mengatur dasar dan pemerintahan sesebuah negara. The Builders menjadi tangan ghaib mewakili negara haram Yahudi dalam Rahsia Danny.

Gambar sekadar contoh di dunia nyata akan kewujudan organisasi sah negara asing yang secara terang-terangan melobi dan memberi 'sumbangan' kepada ahli politik di negara-negara lain untuk kepentingan negara asalnya.

Tidak semestinya dengan tawaran kejayaan. The Builders juga memerangkap tokoh-tokoh hebat untuk mengikut telunjuk mereka melalui umpan nafsu dan ugutan.

Contohnya, mereka merapati tokoh politik terkenal dan mengumpan mereka dengan menawarkan anak-anak bawah umur buat pemuas nafsu mereka. Adegan dan bukti penglibatan ahli politik tersebut dengan kegiatan jijik itu akan dirakamkan secara rahsia. Bahan-bahan ini kemudiannya akan digunakan sebagai bahan ugutan untuk mendapat kepatuhan ahli politik yang terkait.

Gambar sekadar contoh skandal pemerdagangan seks tergempar berkaitan seseorang yang dikatakan mempunyai pertalian kuat dengan ejen risikan Yahudi, yang melibatkan tokoh-tokoh pemimpin, artis, ilmuan, dan orang-orang terkenal. 

Dalam Rahsia Danny, saya juga menyentuh sedikit topik pemerdagangan kanak-kanak ini.

Saya sedar, topik ini tabu dan kurang selesa untuk dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat kita. Saya tahu, ada yang risaukan golongan pembaca muda yang membaca karya-karya saya.

Namun percayalah, saya mencuba untuk sangat-sangat berhati-hati dalam penulisan dan dengan izin Allah akan terus berhati-hati.

Saya jamin, tidak ada adegan kotor dalam penulisan saya. Tiada adegan yang tidak senonoh. Setiap bait yang saya tulis, cukup sekadar untuk mendedahkan hakikat dunia kepada generasi baru agar mereka bersedia dan tidak menyimpang. Agar mereka mudah membuat keputusan genting di saat diuji dengan hal-hal serupa.

Lebih baik kita sendiri yang dedahkan kepada golongan muda dengan penuh bimbingan, daripada mereka terdedah sendiri tanpa orang yang memimpin tangan mereka.

Kepercayaan The Builders


Puak ekstremis Yahudi ini mempercayai bahawa hanya orang yang berdarah Yahudi sahajalah ‘khalifah-khalifah’ di muka bumi ini.

Bagi The Builders, orang berketurunan Yahudi sahajalah ‘manusia’ yang diturunkan oleh tuhan ke muka bumi. Mereka adalah keturunan yang istimewa. Tidak sama tarafnya dengan orang lain yang tidak dianggap cukup manusia.

Selari dengan kepercayaan sebahagian besar Yahudi dan Kristian dalam dunia Rahsia Danny, The Builders juga melabel orang Yahudi sebagai anak-anak tuhan. Jika ada persamaan ideologi ini dengan ajaran Yahudi atau Kristian di dunia nyata, saya ingin ingatkan, Rahsia Danny hanyalah cerita rekaan.

Maka menurut kepercayaan sekelompok manusia yang mempercayai ideologi ini, hanya bangsa Yahudi sahaja yang layak memerintah. Dan mereka akan lakukan apa sahaja untuk memastikan hierarki itu dipatuhi.

Manakala, mereka yang tidak berketurunan Yahudi pula dianggap bukanlah manusia. Mereka dianggap setara dengan binatang ternak, bahkan dikategorikan sebagai kotor darahnya. Dalam Rahsia Danny, mereka yang tidak berdarah Yahudi ini dipanggil goy, atau kata majmuknya (plural) goyim.

Perkataan ini bukanlah rekaan dalam Rahsia Danny semata-mata. Ia wujud di dunia nyata. Walaupun banyak justifikasi dilakukan pihak-pihak tertentu, hakikatnya, label goy/goyim ini digunakan oleh sebahagian manusia untuk merendah-rendahkan taraf manusia yang lain.

Perkongsian ringkas. Ketika menulis Rahsia Danny, saya jarang menjumpai maklumat berkaitan goy/goyim ini di internet. Apa yang saya ketemukan hanyalah artikel-artikel yang cuba menjelaskan yang perkataan itu bukanlah berbaur penghinaan. Seperti ada yang cuba sembunyikan hakikat yang wujudnya perkataan yang menghina manusia yang tidak berdarah Yahudi ini. Aneh. Mungkin ia hanya berlaku di peranti saya saja kot. Entah. Result carian seperti yang saya screenshot di atas pun tidak pernah keluar. Jadi apabila baru-baru ini carian seperti itu akhirnya keluar, saya cepat-cepat screenshot.

Goyim


Para goyim, iaitu mereka yang tidak berdarah Yahudi, tidak dianggap sebagai manusia oleh The Builders.


Jika bangsa Yahudi dianggap sebagai anak tuhan, goyim pula diciptakan oleh tuhan khas untuk menjadi hamba-hamba orang Yahudi. Itulah yang mereka imani.

Oleh kerana kepercayaan ekstrem itulah, puak pelampau Yahudi ini tidak teragak-agak untuk melakukan penindasan terhadap manusia yang lain.

Menurut kefahaman sebahagian puak Yahudi dan juga The Builders dalam Rahsia Danny, tidaklah salah untuk orang Yahudi menipu, merampas harta, merampas tanah, menindas, mencabul, membunuh, atau melakukan apa-apa sahaja kezaliman dan kekejaman ke atas orang yang bukan berdarah Yahudi. Kerana mereka beriman bahawa para goyim tu memang diciptakan buat ‘kegunaan’ mereka.

Bukan setakat tidak merasakan ia satu kesalahan, malah adalah satu bentuk pahala bagi mereka untuk ‘mempergunakan’ orang-orang yang tidak berketurunan Yahudi ini demi mencapai agenda mereka.

Matlamat The Builders di Nusaraya


Seperti yang telah saya utarakan, matlamat agung The Builders adalah untuk memastikan dunia ini berfungsi mengikut kepercayaan mereka.

Dipendekkan cerita, khas dalam Rahsia Danny, ada dua agenda besar The Builders di Nusaraya. Agenda utamanya, membina Temple of Solomon. Dan untuk tujuan itu, satu agenda lain harus dilakukan dahulu di Kepulauan Nusantara iaitu pengorbanan red heifer (sapi merah).

Gambar hiasan. Menunjukkan misi pencarian dan ritual pengorbanan red heifer ini juga wujud di dunia nyata.

Temple of Solomon


Seperti yang saya sebut tadi, agenda utama The Builders dalam Rahsia Danny adalah untuk membina Temple of Solomon di Kepulauan Melayu dan Nusantara.

Secara ringkas di alam nyata, menurut fahaman Yahudi, Haikal Sulaiman, atau dikenali sebagai Solomon’s Temple merupakan sebuah kuil suci (Beit Hamikdash) yang dipercayai wujud pada zaman dahulu, khas buat kaum Yahudi. Merupakan pusat ibadah, dan lambang keagungan bangsa Yahudi.

Ilustrasi rekaan menunjukkan Solomon's Temple yang dikatakan pernah wujud dahulu.

Katanya, ia dibina oleh King Solomon (Nabi Sulaiman AS dalam ajaran Islam) dan dimusnahkan oleh kerajaan Babylon. Kuil suci tersebut dibina semula buat kali kedua dan dimusnahkan oleh kerajaan Rom pula.

Maknanya, Solomon’s Temple tidak lagi wujud sekarang.

Misi bangsa Yahudi, adalah untuk membina semula Solomon’s Temple buat kali ketiga, di lokasi yang sama seperti dahulu.

Di manakah lokasinya? Banyak perdebatan akan persoalan ini. Namun, ramai dalam kalangan mereka percaya bahawa Solomon’s Temple pernah didirikan dalam lingkungan kawasan al-Aqsa. Maka mereka berazam untuk mendirikannya semula di situ.

Terdapat sekurang-kurangnya empat binaan ibadah di dalam kompaun al-Aqsa.

Menurut golongan yang mempercayai keesaan Tuhan, mereka boleh berdamai dengan wujudnya masjid-masjid di tempat tersebut kerana tujuannya sama iaitu menyembah Tuhan yang satu. Masjid-masjid tersebut merupakan manifestasi yang sama dengan Beit Hamikdash atau Solomon’s Temple yang dikatakan wujud ribuan tahun dahulu di lokasi yang sama.

Lagipun, Nabi Sulaiman yang dikatakan sebagai pendiri Solomon’s Temple itu pun mengajak kepada ajaran monoteisme.

Namun tidak bagi sebahagian besar kaum Yahudi. Mereka percaya bahawa kawasan tersebut eksklusif buat Yahudi walaupun sejarah mencatatkan yang mereka sendiri telah mengabaikan tempat tersebut.

Majoriti kaum Yahudi, terutamanya puak radikal Yahudi berazam untuk memusnahkan segala binaan masjid di dalam lingkungan al-Aqsa bagi membina semula kuil agung mereka tersebut.

Mereka mempromosikan agenda ini kononnya sebagai cita-cita murni untuk membina sebuah pusat ibadah utama untuk seluruh dunia. House of prayer for all nations. Dari cita-cita yang kononnya murni itu pun kita dapat mengesan jelas matlamat pasif-agresif mereka untuk seluruh dunia mengikut telunjuk mereka.

Gambar menunjukkan bekas Duta AS ke Israel, David Friedman gembira menerima hadiah yang menunjukkan gambaran masjid di kawasan al-Aqsa yang telah dimusnahkan dan digantikan dengan kuil agung Yahudi. Sumber: The Temple Institute.


Agenda ekstrem lagi ganas Yahudi yang melibatkan rampasan tanah, keganasan meruntuhkan bangunan, dan penghapusan etnik ini tidak disembunyikan langsung. Ahli-ahli politik negara haram Israel pun berkempen secara terbuka akan impian untuk mendirikan semula Solomon’s Temple (Beit Hamikdash) ini. Tidak ada mana-mana kuasa dunia yang menghalang. Malah menyokong pula.

The Wailing Wall atau Tembok Ratapan. Sebahagian daripada tembok kompaun al-Aqsa yang dijadikan tempat suci bagi kaum Yahudi. Sumber: SL Media.

Western Wall, Wailing wall, atau Tembok Ratapan, dikatakan merupakan antara peninggalan kuil agung Yahudi yang masih wujud sekarang.

Adalah merupakan cita-cita agung kaum Yahudi untuk melihat kuil tersebut berdiri megah semula. Malah itulah antara tujuan utama penubuhan negara haram Israel. Menurut kepercayaan Yahudi juga, pembinaan semula kuil tersebut penting untuk kedatangan ‘sang penyelamat’ di akhir zaman.

Sehingga kini, kalian boleh melihat orang Yahudi menangis dan meratap di tembok tersebut untuk meluahkan kesedihan terhadap kemusnahan tempat suci mereka ribuan tahun lalu.

Namun yang anehnya, bukan orang Yahudi sahaja yang melakukan ritual di situ.

Sumber: The New York Times, AFP, Vatican News, The Western Wall Heritage Foundation, Wailing Wall Prayer.


Ramai tokoh-tokoh terkenal dunia dilihat melakukan ritual di tembok tersebut walaupun mereka bukanlah penganut ajaran Yahudi. Kalian tidak akan dapat melihat babak unik seperti ini dalam mana-mana agama di dunia.

Walaupun USA sering momokkan rakyatnya dengan perluasan kuasa China misalnya, hakikatnya tidak ada satu pun ahli politik barat yang dipaksarela memakai topi keagamaan Cina, menyalakan colok, menunduk menyembah, membaca mantera, atau disuruh menyentuh mana-mana tembok tempat suci orang Cina.

Dinamik itu hanya berlaku dalam hubungan negara haram Yahudi dan dunia barat terutamanya. Seolah-olah ada sesuatu yang mengikat mereka dengan kaum ini.

Malah, setiap presiden USA yang baru dilantik seolah-olah perlu melakukan ‘upacara penabalan’ di sana dahulu untuk mendapatkan ‘restu’ daripada pihak tertentu untuk memerintah.

Sumber: BBC, Times of Israel, Slate.


Pemerintah dunia barat tetap melakukan ritual tersebut walaupun ia nampak seperti satu sokongan dan janji buat kaum Yahudi yang mereka bersetuju dengan perjuangan kaum tersebut untuk memusnahkan tempat-tempat bersejarah dalam kompaun al-Aqsa, serta menakluk negara lain demi memberi laluan kepada kuil impian mereka.

Tiada sesiapa pun dalam kalangan pemimpin dunia itu yang bertindak menghalang impian tersebut walaupun jelas ia berbaur terrorism, ekstremis agama, penindasan, keganasan, penghapusan etnik, dan penjajahan. Bayangkanlah apa reaksi dunia jika pihak lain yang ingin lakukan hal yang sama.

Dalam isu ini sahaja pun, kita boleh lihat bukti berat sebelah yang sangat nyata buat negara haram Israel dan perjuangan kaum majoritinya.

Setakat ini, Palestine menjadi mangsa yang jelas. Namun ia tidak akan terhenti di situ sahaja.

Perluasan kawasan jajahan negara haram


Untuk mendirikan Solomon’s Temple ini, mustahak untuk mereka mentaati ramalan keagamaan buat kaum mereka iaitu kewujudan negara eksklusif buat kaum Yahudi di antara Sungai Nil dan Sungai Furat. Mereka percaya, tanah ini telah dijanjikan oleh tuhan kepada mereka ribuan tahun lalu.

Bukan, bukan negara haram Israel semata-mata. Tanah yang dijanjikan tuhan ini jauh lebih besar daripada itu. Negara haram Israel hanyalah permulaannya.

Maka, bagi menuntut ‘janji tuhan’ ini terlaksana, tanah jajahan negara haram Israel perlu diluaskan lagi. Sekarang, azam mewujudkan Greater Israel semakin rancak dikempenkan. Dan untuk Greater Israel wujud, penaklukan kawasan sekitarnya merupakan syarat utama.

Seperti yang saya kata tadi, alasan terhadap impian penaklukan tersebut ialah kepercayaan bahawa kawasan antara Sungai Nil hingga ke Sungai Furat telah dijanjikan oleh tuhan kepada mereka. Kepercayaan ekstremis inilah antara punca konflik dunia sekarang.

Ada perbagai versi, peringkat, dan saiz peta kawasan Greater Israel yang digunakan. Ini hanyalah gambaran penulis berdasarkan sumber rujukan yang pelbagai.
Gambar hiasan. Menunjukkan lencana peta Greater Israel di bawah lencana bendera Israel. Pada sebelah peta itu tertulis ארץ ישראל השלמה yang bermaksud Tanah Israel Yang Lengkap.

Gambaran versi awal plan penaklukan dan genosid Israel boleh dilihat digunakan oleh Menteri Kewangan Israel sendiri, Bezalel Smotrich di Paris secara terbuka pada 19 Mac 2023. Sumber: Le Monde, Times of Israel.


Imej cita-cita untuk mewujudkan Greater Israel ini popular dalam kalangan kaum Yahudi. Malah, dia dijadikan seakan-akan manifesto parti politik dalam negara haram Israel untuk meraih undi rakyatnya.


Dengan imej Greater Israel ini sahaja, jelas menunjukkan yang mereka ingin dan perlu menakluk sekurang-kurangnya 9 buah negara untuk azam mereka ini tercapai. Negara-negara yang terlibat itu ialah Turki, Syria, Iraq, Kuwait, Arab Saudi, Mesir, Jordan, Palestin, dan Lubnan.

Akhir-akhir ini, Cyprus pula menjadi lokasi perpindahan beramai-ramai oleh warga Israel. Adakah Cyprus negara yang ke-10?

Dan adakah penaklukan ini bakal terhenti di 10 negara sahaja? Azam perluasan ini sepatutnya tidak diambil ringan.

Namun, sekali lagi tidak ada satu kuasa besar dunia pun yang mengambil tindakan dengan ancaman penaklukan yang jelas ini. Tidak ada sesiapa yang menghalang. Tiada mana-mana kuasa besar yang melakukan apa-apa bentuk sekatan pun.

Malah salah seorang ikon terkenal Yahudi yang secara besar-besaran mempromosikan agenda ini iaitu Daniella Weiss, telah dicalonkan sebagai penerima 2025 Noble Peace Prize oleh professor-professor negara haram Israel.

Logo Nachala Movement yang secara berleluasa menguruskan perihal penempatan haram Israel. Gerakan yang dipelopor oleh Daniella Weiss ini secara terang-terangan menggunakan peta perluasan tanah jajahan negara haram Israel pada logonya. Namun tiada sesiapa yang mengambil tindakan keras. Malah tokohnya dicalonkan untuk Noble Peace Prize pula.

Mereka percaya, penaklukan ini adalah kemuncak keagungan bangsa Yahudi, selari dengan pembinaan semula Solomon’s Temple. Kemudian, mereka boleh mengukuhkan kedudukan mereka sebagai bangsa yang memerintah dunia.

Dalam dunia nyata, sebahagian penganut Kristian juga berkongsi impian untuk melihat Solomon’s Temple terbina semula. Ini berdasarkan ayat dan ajaran kitab suci mereka sendiri. Berikut merupakan petikan daripada Old Testament, Bible.

Therefore thus saith the LORD; I am returned to Jerusalem with mercies: my temple shall be rebuilt in it, saith the LORD of hosts, and a line shall be stretched forth upon Jerusalem.
- Zechariah 1:16
Mereka percaya, di kuil yang sama itulah Jesus bakal muncul semula di dunia.

Berdasarkan petikan daripada kitab suci Kristian itu, saya yakin kalian sudah semakin mendapat banyak hints akan kenapa majoriti kuasa besar dunia seperti mengizinkan keganasan ini berlaku. Bukan setakat Solomon’s Temple, berdasarkan Genesis 15:18-21 majoriti Kristian juga percaya yang tuhan memang menjanjikan tanah antara dua sungai itu kepada bangsa Yahudi.

Saya akan ulas sikit lagi isu kepercayaan Kristian ini di hujung artikel.

Dalam Rahsia Danny juga ada menceritakan tentang Temple of Solomon.

Berbeza dengan Solomon’s Temple di dunia nyata, dalam novel tersebut, wujud puak pelampau kaum Yahudi yang merancang untuk membina Temple of Solomon di Kepulauan Melayu Nusantara.

Untuk tujuan tersebut, satu upacara perlu dilakukan di Tanah Melayu. Iaitu ritual pengorbanan sapi merah.

Red heifer


Agenda The Builders yang perlu dilakukan dahulu sebelum agenda utama mereka dalam Rahsia Danny ialah upacara pengorbanan sapi merah atau red heifer.

Upacara mengorbankan sapi merah ini merupakan salah satu ritual dalam ajaran Yahudi di alam nyata juga.


Diringkaskan, ritual ini melibatkan pembakaran keseluruhan jasad sapi merah tersebut bersama beberapa bahan lain. Abu ritual pembakaran tersebut perlu dicampur dengan air, kemudian disiram dan direnjis ke tempat yang ingin disucikan. Ia juga direnjiskan kepada sesiapa yang dianggap tidak bersih.

Dalam konteks Temple of Solomon dalam novel Rahsia Danny, tapak kawasan yang akan didirikan kuil tersebut perlu disucikan terlebih dahulu untuk mendapat restu dan berkat tuhan mereka. Kemudian barulah batu asas pembinaan semula kuil tersebut boleh diletakkan.

Ciri-ciri sapi merah tersebut amatlah ketat.

Petikan sebahagian daripada ciri-ciri unik lagi rumit pada sapi merah dalam Rahsia Danny. Di alam nyata juga, ciri-ciri rumit seperti ini wujud.


Maka bagi merealisasikan impian The Builders untuk membina Temple of Solomon di Kepulauan Nusantara, rekrut-rekrut The Builders berebut-rebut untuk mencari sapi merah yang menepati ciri-ciri ketat tersebut. Mereka percaya, The Builders akan mencurahkan lebih banyak kejayaan kepada mereka sekiranya mereka berjaya memuaskan puak pelampau Yahudi itu.

Dan mereka kesuntukan masa.

Sapi merah tersebut perlu dijumpai sebelum satu tarikh keramat. Hari yang datang hanya sekali dalam ratusan tahun. Hari itulah hari yang paling sesuai untuk melaksanakan ritual pengorbanan red heifer dan mendapat restu tuhan bagi membina kuil agung Yahudi di Kepulauan Nusantara.

Tarikh yang dinantikan itu ialah pada ketika berlakunya Gerhana Empat Bintang.

Gerhana Empat Bintang


Hari yang dirancang untuk ritual pengorbanan red heifer di Kepulauan Nusantara adalah pada hari berlakunya Gerhana Empat Bintang. Saya akan terangkan sedikit apakah itu Gerhana Empat Bintang yang disebutkan dalam novel Rahsia Danny ini.

Mungkin kalian sudah tahu bagaimana gerhana matahari terjadi bukan? Ketika berlakunya gerhana matahari, 3 objek iaitu matahari, bulan, dan bumi berada dalam satu garis yang sama. Bulan menghalang cahaya matahari daripada jatuh ke bumi, mengakibatkan keadaan gelap gelita buat beberapa ketika di sebahagian permukaan bumi. Maka penduduk di bumi akan melihat kejadian gerhana matahari berlaku.



Gerhana Empat Bintang juga sama. Bezanya, ada satu lagi objek yang turut berbaris selari dengan tiga objek tadi ketika berlakunya gerhana matahari. Objek yang keempat ini ialah Bintang Kejora.


Kejadian Gerhana Empat Bintang berlaku ketika Bintang Kejora turut berada sejajar dalam satu garisan dengan matahari, bulan, dan bumi ketika berlakunya gerhana matahari. Kejadian ini amatlah jarang berlaku iaitu sekitar 100 ke 120 tahun sekali.

Apa yang istimewa dengan bintang Kejora bagi puak pelampau Yahudi ini?

הילל בן שחר
Helel ben Shachar. Bahasa Ibrani yang maksudnya (bintang) Yang Bersinar, anak (waktu) Fajar.

Bagi puak pelampau Yahudi ini, Helel ben Shachar itu ialah iblis. Atau nama yang lebih popular dalam dunia barat yang sering disamakan dengan iblis iaitu Lucifer. Bintang Kejora, atau juga dikenali sebagai Morning Star ini merupakan perlambangan bagi Lucifer.

Petikan berikut menjelaskan kepentingan Lucifer bagi puak pelampau Yahudi ini.


Dalam novel Rahsia Danny, tarikh Gerhana Empat Bintang di mana matahari, bulan, bumi, dan Kejora berada dalam satu garis merupakan detik yang ditunggu-tunggu untuk menjalankan ritual pengorbanan red heifer.


Book Badge Rahsia Danny yang melambangkan konspirasi kejadian Gerhana Empat Bintang. Lukisan pada kertas background Book Badge Rahsia Danny itu pula menunjukkan diagram 3D susunan keempat-empat objek tersebut ketika Gerhana Empat Bintang. Setiap objek yang bersinar dalam imej tersebut pula dilukis dengan sinaran 6 bucu.

Ini bukan iklan Book Badge sebab memang tak boleh beli pun sekarang hahaha. Book Badge merupakan hadiah eksklusif buat pembeli-pembeli terawal buku Teme Abdullah. Setakat tarikh artikel ini ditulis, kita belum lagi buka untuk jualan umum. Ia hanya terhad kepada pembeli terawal sahaja. Saja selit sebab saya nak terangkan maksud design Book Badge kali ni je kat kalian hehehe.

Berbalik kepada topik perbincangan, ringkasan kepada perkaitan semua itu ialah, Fenomena Gerhana Empat Bintang penting untuk upacara pengorbanan red heifer. Pengorbanan red heifer penting untuk penyucian tapak kuil agung Yahudi di Tanah Melayu ini. Dan pembinaan kuil agung tersebut penting untuk penguasaan penuh puak pelampau Yahudi ke atas Nusaraya.

Dan mereka sanggup lakukan apa saja untuk mendirikan Temple of Solomon tersebut.

Apa reaksi negara luar terhadap ideologi ini?


Dalam dunia nyata, seperti yang diulas sebelum ini, sebahagian besar orang Yahudi berazam untuk mendirikan semula Solomon’s Temple di tapak yang dipercayai lokasi asalnya.

Dan azam tersebut bukanlah rahsia. Malah dijaja secara terbuka.

Tapi kenapa tiada kuasa besar yang bertindak setelah mereka secara terbuka menyatakan hasrat yang berbaur keganasan, penghapusan etnik (genosid), dan penaklukan negara-negara lain demi melaksanakan impian agung mereka itu?

Selain daripada kemungkinan wujud ‘kuasa bawah tanah’ yang mencatur pihak berkuasa dengan rasuah, ugutan, dan penguasaan secara senyap ke atas sesuatu negara, kepercayaan umum majoriti masyarakat di barat juga memainkan peranan.

Sekali lagi, berikut merupakan petikan kitab suci yang bukan daripada kepercayaan Yahudi, malah daripada kepercayaan Kristian iaitu the Bible.

On that day the Lord made a covenant with Abram, saying, “To your offspring I give this land, from the river of Egypt to the great river, the river Euphrates.”
- Genesis 15:18

Ayat ini telah dikeluarkan daripada konteks secara radikal, dan menjadi salah satu pencetus kepada berat sebelah Kristian terhadap keturunan Abram (Abraham, atau Nabi Ibrahim AS) yang secara umumnya ditafsirkan sebagai kaum Yahudi.

Maka maksudnya, bukan setakat orang Yahudi sahaja yang merasakan mereka insan-insan terpilih, kepercayaan ini juga diimani oleh sebahagian besar penganut Kristian. Iaitu ajaran dengan penganut yang paling ramai di dunia. Mereka juga merasakan yang orang-orang Yahudi istimewa dan wajar dipatuhi kerana kaum Yahudi merupakan ‘kaum terpilih’ bagi tuhan mereka juga.

“Growing up in a sunday school (sekolah didikan agama Kristian pada hujung minggu), I was taught from the bible, those who bless Israel will be blessed, and those who curse Israel will be cursed. And from my perspective, I wanna be on the blessing side of things... That’s in the bible and I believe that.”
- Petikan kata-kata Ted Cruz dalam satu sesi temu bual The Tucker Carlson Show pada episod 18 Jun 2025 apabila disoal tentang sokongan USA terhadap negara haram Israel setelah dikecam dan dikritik oleh badan-badan kemanusiaan dunia.

Itu kata-kata Ted Cuz, seorang senator USA yang sering dikatakan sebagai ‘extremely smart’ oleh kawan dan lawan dalam lapangan politik. Ted Cruz merupakan graduan lulusan 2 universiti berprestij di USA iaitu Harvard University dan Princeton University. Merupakan doktor dalam perundangan, dan pernah mendapat anugerah U.S. National Speaker of the Year pada tahun 1992. Kini, Ted Cruz merupakan seorang ahli politik elit di USA.

Boleh dikatakan, apa yang keluar daripada mulut Ted Cruz memberi gambaran dan pengaruh yang besar terutamanya terhadap mentaliti rakyat negara tersebut. Apatah lagi sebagai sorang penggubal undang-undang USA, besar impak ideologinya terhadap hala tuju negara kuasa besar dunia itu.

Jika penganut Kristian sendiri mengatakan bahawa merestui tindakan ‘anak-anak Israel’ (kaum Yahudi) merupakan tuntutan dalam agama mereka, siapalah masyarakat dunia untuk menghalang mereka.

Maka, ‘halal’lah apa-apa tindakan yang dilakukan oleh negara haram Israel.

Sokongan terhadap keturunan Yahudi tersebut bukan setakat untuk mendapat restu tuhan semata-mata, kata Ted Cruz lagi dalam sesi temu bual yang sama,

“Biblically we’re commanded to support Israel.”

Menurut biblical prophecy penganut Kristian juga, negara haram Yahudi ini perlu wujud, Solomon’s Temple juga perlu terbina sebagai persediaan untuk kembalinya Jesus ke muka bumi di akhir zaman.

Saya boleh menulis banyak lagi bukti dan fakta akan hakikat bahawa sebahagian besar penganut Kristian, amnya di USA cenderung untuk menghalalkan apa sahaja yang kaum pelampau Yahudi dan negara haram Israel lakukan kerana mereka mempercayai bahawa itu yang tuhan arahkan kepada mereka. Namun, artikel ini akan menjadi thesis pula nanti.

Setakat ini, memadai untuk anda membuat carian ringkas sendiri untuk melihat realiti dunia barat. Jika anda punyai lebih masa, sebagai permulaan, cari sahaja di youtube ‘why Christians need to support Israel’ dan anda akan terkejut melihat betapa ramai pendakwah, paderi, dan tokoh-tokoh besar agama mereka yang mengajak ke arah sokongan ke atas negara haram Israel atas alasan perintah tuhan mereka. Sokongan yang membuta tuli seolah-olah tidak wujud langsung pembunuhan dan penindasan ke atas manusia lain di sana.

Ya, tidaklah semua berideologi sebegitu. Tetapi ia tidak menafikan bahaya kepercayaan seperti ini wujud dan berakar. Dan kepercayaan seperti inilah yang membentuk herd mentality yang tertanam dalam darah daging sebahagian manusia sehingga mereka sanggup menutup mata melihat orang lain dizalimi.

Sokongan terhadap negara haram Israel, bukan kerana kedudukan negara haram Israel itu strategik bagi kepentingan USA di Timur Tengah semata-mata.

Oleh kerana salah faham ideologi agama inilah rakyat mereka masih mengizinkan White House untuk berdiri kukuh walaupun berbillion-billion bantuan kepada Israel telah disalurkan bagi mereka menghapuskan penduduk Gaza. Tidak perlu revolusi kerana pemimpin mereka hanya melakukan hal yang selari dengan kepercayaan agama mereka. Tiada apa yang salah.

Malah mana-mana pemimpin yang naik atau bakal naik, pasti mereka perlu ‘berikrar’ untuk mempertahankan negara haram Israel terlebih dahulu.

Berikut merupakan kata-kata empat presiden USA yang berturut-turut.

"We love Israel, we will fight for Israel 100 percent, 1000 percent, it will be there forever."
- Donald Trump, presiden USA sekarang.

“A strong America is a strong Israel. I have a 35-year record of supporting Israel, and Israel's security is enhanced the stronger America is."
- Joe Biden, presiden USA sebelum ini.

"I am confident in declaring that our alliance is eternal, is forever,"
- Kata presiden USA yang sebelum itu, Barack Obama kepada Perdana Menteri Israel pada 20 Mac 2013.

“At the first meeting of my National Security Council, I told them a top foreign policy priority is the safety and security of Israel.”
- George W. Bush, presiden USA sebelum itu. Kata-kata pada 3 Mei 2001.

Sokongan ini tidak terhad kepada individu yang memenangi pilihanraya presiden sahaja. Para pesaing sengit setiap presiden itu juga menyuarakan sokongan yang sama.

"I believe Israel should never be a partisan issue, and as long as I'm a United States senator, I will do everything in my power to ensure broad and bipartisan support for Israel's security and right to self-defense."
- Kamala Harris, pesaing sengit yang tewas dengan Donald Trump.

“We will stand with Israel, because Israel is standing for American values as well as Israeli ones."
- Hillary Clinton, pesaing sengit Donald trump yang tewas pada pemilihan presiden sebelum itu.

“It is my firm conviction that the security of Israel is in the vital national security interest of the United States. And ours is an alliance based not only on shared interests but also on enduring shared values.”
- Mitt Romney, pesaing sengit Barack Obama.

“...let no one doubt that, while the challenges will continue, Israel will survive and it will flourish. There will always be an Israel, and there will always be a vital bond between our two peoples."
- John McCain, juga pesaing sengit Barack Obama yang tewas sebelum itu.

Hakikat ini memberi gambaran yang mereka boleh bergaduh akan hal yang lain, tetapi bukan terhadap sokongan mereka kepada negara haram Israel dan ketuanan kaum tertentu. Jadi, bertukar gantilah presiden berpuluh kali sekalipun, sokongan terhadap tindakan negara haram Yahudi itu tetap utuh.

Penutup


Akar isu Palentin-Israel menjangkau lebih jauh daripada sekadar soal geopolitik dan kononnya self-defence.

Ia melibatkan fanatik perkauman. Ia melibatkan ideologi bangsa yang lebih superior daripada yang lain. Ia melibatkan kolompok agama yang mendewakan dan menyembah bangsa tertentu kerana ia kononnya selari dengan ajaran agama mereka. Ia melibatkan doktrin bahawa bangsa lain itu tidak sama taraf kemanusiaannya. Ia melibatkan keimanan bahawa bangsa lain itu lebih rendah nilainya sehingga boleh diperlakukan apa saja terhadap mereka.

Selagi ideologi salah yang tertanam utuh dalam fahaman sesebuah agama seperti ini wujud di muka bumi ini, selagi itulah bangsa tertentu yang terlibat itu akan mengundang masalah kepada dunia. Dari satu tempat, ke satu tempat yang lain.

Maka ideologi itulah perkara pertama yang kita harus perangi dan bicarakan secara terbuka sekarang.

Jika tidak dimusnahkan nilai terkutuk yang tertanam dalam minda-minda manusia ini, sampai bila-bila pun, kaum tertentu tersebut tidak akan berhenti menyerang dan merampas harta manusia yang lain.

Tidak ada apa-apa versi gencatan senjata pun dapat mengamankan keadaan. Kerana jika ideologi melampau ini wujud, mereka tetap akan melanggar apa-apa perjanjian. Kerana goyim tidaklah setaraf mereka, kerana menipu goyim adalah pahala. Apatahlah lagi demi menaikkan keagungan bangsa dan agama mereka.

Sekarang, Palestine. Di masa hadapan?

Alhamdulillah, Allah telah pinjamkan ‘suara’ penulisan kepada saya. Dahulu, saya tidak pernah sangka yang bilangan pembaca karya saya akan seramai ini. Dan semua itu, datang bersama tanggungjawab. Sesuatu yang saya akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Saya menulis, bukan untuk memberi hiburan kepada pembaca semata-mata.

Selain berusaha menghidangkan cerita yang lazat buat para pembaca, saya cuba selitkan beberapa isu tersurat dan tersirat yang sebenarnya merupakan perjuangan yang besar.

Maka buat kali ini, terlahirlah hikayat dystopian utopia, Rahsia Danny.

Satu dunia yang mana wujud sebuah organisasi rahsia yang telah beroperasi selama ratusan tahun yang dalam senyap berkonspirasi untuk mengangkat agenda puak pelampau Yahudi.

Mereka inilah yang dalam senyap mempromosikan ketuanan bangsa mereka ke dalam masyarakat, termasuklah mengubah fahaman agama lain agar selari dengan agenda ekstrem bangsa Yahudi yang lebih istimewa dan tidak setaraf dengan umat manusia yang lain.

Dalam Rahsia Danny, mereka mula menyerap ke Tanah Melayu, ke alam Nusantara.
Moga segala tindakan kita ditajdidkan niat sebagai jihad kita bersama, termasuklah yang pada luarannya hanya menjelma sebagai hiburan pembacaan. Agar dengannya, kita terpilih menjadi insan-insan yang beruntung yang turut berusaha untuk meninggikan syiar agama, menegakkan kebenaran, dan untuk membela umat manusia yang teraniaya.

Moga Allah redha dengan sekecil-kecil usaha kita. Moga Allah pelihara jantung hati kita. Moga-moga, kita direzekikan dengan pengakhiran yang baik. 
Moga kita dikurniakan syurga tertinggi. 
Amin.
Saya ingin ingatkan buat kali terakhir kali ini, Rahsia Danny merupakan cerita rekaan. Watak dan ceritanya tidak wujud dalam dunia nyata.

Terima kasih kerana membaca artikel ini. Terima kasih kerana sudi membaca Rahsia Danny.

Till my next long article. Take care!



(Dicadangkan untuk membaca Bayang Sofea dahulu untuk best reading experience bagi dwilogi ini)
Gambar rating dan review setakat Ogos 2025.